Saturday, October 22, 2011

Kongsi fungsi-fungsi kamera nikon coolpix S9100

Salam all,

Ok entri malam ni ingin saya kongsi pengalaman menangkap gambar menggunakan nikon coolpix S9100.

Kali ini effect yang saya banyak gunakan ialah Panorama , Sunset, Beach dan juga Potrait.


Jom kita lihat hasil tangan saya yang tidak pro ini hik hik hik



ini guna effect "panorama"



    ini pun sama "panorama"



ini juga ehehe 
cantik ka? 
komen la sket. 
punya bersungguh ambik gambar panorama nih 
pusing 180' darjah u
hihih



ni pula guna 'auto scene' 
dia ni kiranya automatic akan pilih effect yang sesuai dengan subjek yang kita nak gambar tuh
boleh tahan jugak kan? 


ni guna effect 'sunset'
memang suka la gambar ni
macam rasa pro plak hihi
apa kata anda?



nih pon sama
effect "sunset"


ini pon sama jugakk 
(untuk mengelakkan caption yang sama jek hihi tambah lah jugakk tuh)


nih pon sunset jugak 
saja try
nanti tengok pula hasil guna effect "beach"



ni "sunset" of course u


ni confirm "sunset"
cantik kan?
tengok gambar awan tuh 
sharp sungguh!


nih pula effect "father and son"
hahah
salah lah
effect "sunset" jugak



haa ni effect apa plak?
ni sememangnya effect "beach"
ehehe
bayangkan ombak yang laju tuh
boleh jadi camnih
best kan best kan



ni pun sama juga
guna effect "beach"




gambar ni guna effect "close-up"



nih pon sama 



yang nih jugak sama
tengok baby Izz tuh 
takut-takut dia terkena air laut ehehe
comell aja



yang nih effect "close-up" jugak
c ayah tengah memujuk anak nya 
supaya jangan takut bermain ombak
ehehe aisehh 



so apa pendapat korang?
banyak lagi effect yang belum try.
contohnya 
sport, potrait, indoor/party, snow (entah bila ntah) dan macam-macam lagi lah


eh 



eh





eh




eh


macam ada yang kurang kan?
mana gambar tukang gambar ? 

hahaha



mana ha?





















ok lah tata
selamat mencari gambar yang hilang 
;)






Wednesday, October 19, 2011

Pengakhiran cerita budak 2 tahun yang dilanggar van dan lori di China

Assalammualaikum,

Saya tahu beberapa hari lalu, 
ada video yang diupload 
ke facebook berkenaan budak 2 tahun yang dilanggar 2 kali di china.

Saya tengok saja masa mula-mula tengok kawan-kawan di fb sharekan video tersebut
ye lah nampak icon depan tuh van putih saja
pastu di atas status dia 
macam-macam
tengok komen semua macam menakutkan saja
so memang tidak berani tengok video tuh
tapi 
malam tuh masa tengok tv3
dorang ada tayangkan rakaman tuh
so tertengok sampai habis video tuh
gilaaaaa
hati ni macam disiat-siat tengok budak tu dilanggar macam langgar bonggol!
dah la tuh orang yang lalu lalang tengok macam anak kucing yang sakit
tu pun nasip lah ada makcik tua datang tolong alihkan budak tuh
itu pun korang bayangkan dalam selang masa 7-10 minit budak tuh terbaring terkapai-kapai
atas jalan
huh
macam aku mau jak melompat situ dukung peluk budak tuh

sakit betul lah hati ni
sangat
sangat
sangat sakittttt

semenjak tengok berita tuh
asyik terpikir-pikir saja 
apa jadi dengan budak tuh
sampai saya tanya opismate saya 
memang kacau lah jiwa sikit
dorang cakap budak tuh dah pun meninggal
disebabkan kecederaan otak yang serius

saya terkedu
kesian mengenangkan kesakitan yang dihadapi budak tu
saya berharap sangat dia hidup
tapi 
ketentuan takdir
Allah lebih menyayangi dia
semoga dia lebih tenang di sana
damai dari kejahatan manusia di muka bumi ini

di saat-saat akhir 'yue yue'


sedihnya saya

erm kenapa ya masa budak tuh kena langgar 
orang-orang yang lalu lalang tuh tidak peduli langsung dengan budak nih
saya tidak dapat terima walau apa pun alasan

tapi 
dari apa yang saya dengar 
kononnnya
saya baca dari blog mynameisnamee
mengikut undang-undang di China 
lebih baik langgar mati daripada langgar hidup
sebab hukuman langgar mati lebih ringan daripada langgar hidup
"Kalau langgar orang tapi mangsa mati, si pemandu akan hanya dikenakan denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000. Demi memastikan dirinya selamat dan kurang bebanan, dia sengaja terus melanggar adik Yuen menggunakan tayar belakang van. Kerana takdir ? Adik Yuen masih bernyawa dan adakah sekarang pemandu van @ pesalah itu masih berharap adik Yuen mati sebab nak lepas dari hukuman yang lebih berat?  Ya. dari surat khabar Cina hari ini."

undang-undang apa lah tu
bagus ubah lah undang-undang yang tak berguna macam tuh
tak berperikemanusiaan langsung


marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada kisah budak yue yue nih.


Tuesday, October 18, 2011

Si kecil merintih


Ibu...







Ibu...






Ibu...










Ibu,
Kenapa kau sanggup membiarkan diriku sendiri bertemankan semut-semut kecil di seluruh badan ku?



Ibu,
Kenapa kau sanggup membuang aku di tempat gelap yang penuh sampah sarap?



Ibu,
Kenapa kau sanggup membiarkan diriku yang tidak berdaya lemas ditenggelami air longkang yang busuk? 



Ibu,
Kenapa kau sanggup membuang aku dari tempat tinggi sedangkan engkau tahu aku pasti terbunuh pabila terhempap ke bawah?



Ibu........................
Kenapa kau sanggup mengelar aku dengan pisau yang tajam sedangkan aku memerlukan tanganmu untuk membelai aku?












Ibu...







Apa salah ku ibu?

Aku tidak mengerti...

Selama 9 bulan aku berada dalam perutmu menanti untuk melihat 

ibuku


tetapi...

kenapa aku diperlakukan sedemikian rupa?

Apa salah ku ibu?




Kenapa?

Tidakkah rasa sedikitpun belas kasihan terhadap diriku ini?

Tidakkah ibu merasa terharu pabila melihat ku?

Malukah ibu dengan kelahiran ku?

Apa salah ku?

Aku baru sahaja melihat dunia

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.

"Wahai anak kecil, damailah kau di sana kerana tempat mu pasti di syurga"
Itu janji Allah kepada kamu yang dianiaya 
tenanglah kamu di sana



"Wahai pasangan-pasangan di luar sana.  Berfikirlah sebelum melakukan perkara terkutuk"
Ingatlah sedap 5 minit hanya membawa seksa seumur hidup
Sedarlah jika kamu telah membunuh atau membuang janin dari darah kamu sendiri
Hidup kamu tidak tenteram seumur hidup
Kamu telah MEMBUNUH satu nyawa!



Tidakkah mereka ini harus dibelai , dimanja dan disayangi oleh insan yang bergelar
'ibu'


Ya Allah,
Semoga anak ku dijauhi dari perkara-perkara kejahatan di dunia akhir zaman ini.
amin.








Sunday, October 16, 2011

Gadget terbaru ku yang bikin cairrr : NIKON COOLPIX


Amacam?
Cool huh?

Actually sudah dua minggu usha benda alah ni.
Hasil review sana sini
Macam-macam web aku lihat
web review compact camera aja
bukan web lain - lain 
hik hik

hasil review aku kat bawah nih 
*ikut ranking yer

1. Nikon Coolpix s8000
2. Canon Powershot A95
3. Canon Digital Ixus30

Survay punya survay 
lalu terlihat Nikon Coolpix s9100
dengan 
18x zoom
12.1 megapixel
Full HD
Skrin yang besar
Warna yang cantik
hihi
besala pompuan

ok lah toksah cerita panjang 
jom layan hasil kesayangan ku ini











cantik tak?

Sunday, October 09, 2011

Bajet 2012 : Kenaikan Gaji Penjawat awam berapa?




Syukur alhamdulillah naik banyak jugak setiap tahun ehehe 
Terima kasih yer Datuk Najib

So apa pendapat korang tentang bajet 2012 nih?
jom share


Friday, October 07, 2011

Inner Cotton Best ready for sale!


Salam to all readers,
Sorry kalau ada yang menunggu.
Mintak mahap bebanyak sebab banyak kerja minggu ni.

Anyway stok semua dah ready 
so girls
happy shopping!

Ni contoh pemakaian inner cotton bersama shawl, outer syria, cotton plain dan macam-macam lagi
ikut kreativiti sendiri


Banyak kan kegunaan dia. Senang nak mix n match dengan baju.
Pilih ajer warna yang disukai :)
Inner cotton ni boleh dipakai melekap di dahi atau pun buat muncung
Kalau ketat boleh tetas sikit dekat belakang inner tuh macam nih
So kalau pakai tu tak lah melekap sangat kat dahi :)


 Ok ni lagi satu cara untuk memakai inner cotton nih. boleh di mix n matchkan dengan pelbagai inner lain. Macam nih saya silangkan dengan inner renda 


So apa tunggu lagi
order lah banyak-banyak
gerenti tidak membazir :)


(dari kiri)

H1, H2(SOLD OUT-NIZA), H3


(dari kiri)

T1(SOLD OUT-NIZA), T2, T3 (SOLD OUT-sue)


(dari kiri)

B1(SOLD OUT-shakila), B2, B3 (SOLD OUT-sue)


(dari kiri)

U1, U2, U3 (SOLD OUT-sue)


(dari kiri)

P1, P2 (SOLD OUT-ROSE), P3 (SOLD OUT-fatin)


(dari kiri)

O1(SOLD OUT-sue), O2(SOLD OUT-sue), O3(SOLD OUT-shakila)


(dari kiri)

C1, C2 (SOLD OUT-BAITI), C3 (SOLD OUT-ROSE)


color block matching
(dari kiri)

Y1(SOLD OUT-shakila), Black-(SOLD OUT-BAITI)

Semua inner berharga RM8 sahaja
tidak termasuk caj penghantaran

Poslaju (1pcs - 3pcs)
Semenanjung add RM9
Sabah & Sarawak add RM7

PosEkspress 
Semenanjung add RM5
Sabah & Sarawak add RM5

Jom isi borang untuk pembelian di sini ORDER.
atau 
emel terus ke hanazku@yahoo.com
atau 
SMS terus ke 0168287707



Breakfast Meal Project with baby Izz


Toast Bread with love



Ini lah projek untuk sarapan baby Izz esok
Memandangkan baby suda ada gigi 4 batang. boleh lah start bagi makanan-makanan
yang ada tekstur.
so baby boleh lah explore kebolehan baru
terujanya
(mak dia pula yang teruja)

bentuk dia tuh yang mengancam tuh
boleh buat bentuk-bentuk yang pelbagai menggunakan
food cutter
boleh google
banyak jual kat online nih

kalau dekat kedai erm 
tidak pernah pula nampak

so untuk menyediakan menu sebegini
bahan-bahan yang diperlukan ialah :
1. Beberapa keping roti 
terpulang lah mau roti putih atau roti gandum
2. food cutter untuk jadikan bentuk roti yang cukup cute ehehe
3. Oven untuk membakar roti

Cadangan :
maybe boleh tambah sikit rasa manis
macam
kurma jem
(rebus kurma then blend sket jadi macam jem)

baru ada rasa
baby pun suka 
ehehe
so mommies jom try menu ni 
terangkat!!!

Thursday, October 06, 2011

R.I.P


Remembering one of the most influential icon

Tuesday, October 04, 2011

[Wordless Wednesday] My Hijab...


My Hijab : Bawal


Penjagaan muka silih berganti

Psst...
Korang bz ka?
Tengah buat kerja?

Bagus-bagus buat kerja
Jangan makan gaji buta ehehe
(ceh nasihat orang yg dia dok blogging nih pehalll)

entri cenonet jek arini
penat sudah otak ni bekerja seharian
so mau release sikit lah 

ok
so 
hari 
ni 
saya
mau 
share 
pasal 
penjagaan 
muka

hurm nak dijadikan cerita
masa bujang kiranya kulit wajah ku ini
tidak lah bermasalah sangat
jerawat pun kekadang jek timbul
kira nya halus mulus licin jugak lah 
kulit wajah ku ini

masa tuh aku guna Natasha Gold
memang bagus 
cuma kulit wajah aku 
hari-hari mengelupas kalau pakai bedak 
letak pelembap hilang jugak lah sikit
so teruskan jugak lah dengan Natasha dalam 2 tahun. 

Then dengar berita yang krim malam natasha mengandungi bahan kimia
yang tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan
aduhhh
terus tidak guna Natasha

So sejak tuh lah silih berganti
produk penjagaan wajah ku
dari
fair n lovely
nivea
simple
syurah
clinique
mary kay

semua pun macam tiada perubahan wajah ku ini
pening pala jugak di buatnya
tambah-tambah lepas pregnant
jerawat tidak kira waktu
kuar timbul terjojol atas muka neh
adehhh
sampai bapak haku yang tidak pernah ambil berat pasal muka haku 
sibuk tanya kenapa muka kau banyak jerawat
kalau dah bapak haku masuk campur bab-bab muka nih
memang kategori huduh lah tuh
dah la berjerawat berparut pulak tuh

so aku pun amik la inisiatif untuk mencuba lagi produk-produk yang ada dipasaran
aku tengok packaging safi rania gold macam best
so aku teraii lah
nampak macam ok
so aku pun cuba try test beli dan guna
hurm
kurang sikit lah jerawat di muka
tapi jerawat tetap jugak tumbuh
dia kan
 macam 
kalau sapu krim dia ok
then besok ada lagik 
sapu krim ok lagik
adusss
ni susah jugak nih
bergantung dengan ada krim pulak dah
macam chipsmore
kejap ada kejap tak da
haihhh

hurm

mau bagi tengok gambar
tiada pulak 
erm korang imagine lah yer ehehe
jgn imagine hantu mak limah sudah
hantu bonceng tuh ok lagi lah 
hik hik hik
kurang kurang pun macam ni jer jerawat haku
hambik kau
gambar hantu paling popular dalam blOg ehehe

ok so skarang nih aku ada guna produk baru
actually adik aku yang rekemen
sebab dia tengok kawan dia pakai 
muka licin macam telur
memang ada perubahan la
so kita tunggu dan lihat
gimana hasilnya?

tungggGGuuuuuuuuuu............


tata
nanti saya reveal produk tuh :)




Monday, October 03, 2011

Cerita bersama Canon EOS 5D Mark II

Salam ols...

Penting diingatkan di sini bahawa entri ini mengandungi banyakkkKKKKKKKkkkkkkkkkkkk gambar hahaha
Tengok title la. Op Kos la entri berjuta gambar. Eh sampai juta ka. Idak ler sampai hoihh.

Ok. Cukup. Entri kali ini, saya ingin tunjuk gambar-gambar yang diambil dari Kamera DSLR kepunyaan adik kesayangan saya iaitu Canon EOS 5D Mark II menggunakan lense hurm erm hurm ermm silalah tanya terus ke adik saya. Link ada saya sertakan di bawah entri ini. Terus kesayangan U sebab pinjam kamera mantap hihi. Burok perangai. Tapi memang gambar-gambar dia superb wehh. Tak caya cer tengok cer tengok. Enjoyice!


 Baby Izz tengah nyusu. Pegang sendri U :)

Sibuk dengan toys dia. Jurugambar tak bertauliah siap baring mau ambil gambar 

Pergi Tasik dekat Stadium Likas. Si mama sempat posing sebelum berjalan-jalan

Candid. Punya susah mau ambik gambar baby Izz. ni pun nasippp baik haihhh

ni lah kelebihan lense baru adik saya. boleh ambik gambar sendiri hik hik Wide Lense kenen

Baby Izz khusyuk tinguk kura-kura di tasik 

Si mama posing macam byk paparazzi. padahal cuma papa yg amek gambar!

yey sampai sudah tangan Izz kan 

aksi-aksi spOntan awwww

ok ok 
stOp dulu!
korang ok?
ada yang dah termuntah?
hahaha
dah kata dah tadi 
entri berjuta gambar

rilek la 
ada lagi nih
kita tukar lokasi pulak yer
ini adalah di Gaya Street Kota Kinabalu sabah
setiap hujung minggu saja
kira macam tamu besar la
pelbagai macam dan jenis 
kuih-muih , barangan purba, buah-buahan, bunga-bungaan, pokok-pokok,
binatang, mainan, pakaian serta pertunjukan.
memang BEST
sesiapa yang belum pernah pergi KK
HARUS lah ke sini
recommended taw
tengok saja gambar-gambar di bawah ni
hik hik

makan dulu Dim Sum. Bekpes itu Harus!


spOntan lagi awwwW

jom mulakan perjalanan. ni la lupa bawa baby carrier. hadoiiiyai

diamond is women's bestfriend. haha brOoch jek pun

alolo cian bucuk mama ni penat dah ya baby Izz?

the rabbits! so adOrable...

harus sempat mempOsingkan diri

mama dan bunga tidak dapat dipisahkan. time jalan nih berapa kali mama tidak ditemui.
(cepat sangat jalan)

Baby Izz tengah kOnpius. ish ish ish

Macam di KK. Aramaiti lalalala siuk bah tu lagu kan 
ini pula penyanyi dia.. baru saya tau owh

mengidam mau makan aiskrim lori.
mama semangat betol heheh mesti korang tau berapa aiskrim kitorang beli kan 

kesiukan(teruja) meninguk makcik menari di pentas 

teruskan misi untuk mencari makanan Izz dan bunga mama

haip! jurugambar panggil i ler. okay senyum jer. (perasannn)

bunga-bunga yang menjadi bualan di Gaya Street

berenti jap makan aiskrim. meleleh-leleh!

si mama berjalan dengan gagahnya huhahuha
cuba cari mana? 
tanya sebab mesti korang nampak budak baju coklat taik cair nih dulu kan
tau dah hahah

last snap for gaya street
padahal tengah tunggu mama dengan cucunya ntah di mana
menyinggah di bunga la tuh!

OK
enjoy ka? 
belum migrain lagi kan
ehehe
itu baru gambar yang tanpa EDIT sikit pun
jeng jeng jeng

wah ada lagi!
haishhh pingsan!
amacam gambar setakat nih ? 
machO tak? 
gambar ni upload terus tanpa edit


so skang ni
 mau tunjuk gambar yang telah di EDIT pula





cukup lah tiga keping ja kan
nanti KOMA terus adedehh
amacam hasil editan by adik ku Pami Gondrowo (nama Facebook beliau)
dia guna software Adobe Photshop Lightroom 3 
sebenarnya dia ni memang freelance photographer
dia ni memang passion dia tangkap gambar ni
memang cantik hasil tangkapan beliau
boleh lihat hasil tangan beliau di alamat bawah ni

kalau ada acara pre-wedding, wedding, tunang, cukur jambul, parti harijadi.
boleh lah tempah dia.
kena tempah awal tau sebab dia ni kira banyak job juga hihi :)


sO ada berani?
milikilah Canon EOS 5D Mark II
memang gerenti 
gambar tertarik lagi menarik-narik (jgn ikut perkataan ini)



bai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...