Sunday, July 29, 2012

Bagaimana ingin membantu masyarakat islam Rohingya di Burma???

Ya Allah

Lindungilah keselamatan penduduk muslim di Burma
Bantulah masyarakat Rohingya daripada ditindas sedemikian rupa

Ya Allah
:'(

Tidak sanggup diri ini melihat umat islam dianiaya sebegitu kejam sekali
Kanak-kanak kecil
Wanita
Orang tua

Seharian memikirkan penderitaan masyarakat Rohingya
Bagaimana cara kita sesama saudara muslim ingin membantu mereka? 

Ya Allah 
Mungkin dengan entri ini dapat membantu sedikit dalam menyebarkan info berkenaan kekejaman terhadap masyarakat muslim di Burma

Jom rakan-rakan semua
Kita buat satu entri berkenaan fakta nasib masyarakat Rohingya di Burma
Semoga dunia tahu betapa isu ini perlu dititikberatkan

Ayuh muslimin dan muslimat
Kita bangkit berjuang demi nasib saudara seagama kita

Bagi sesiapa yang belum tahu siapa masyarakat Rohingya itu
sila baca entri ini
Credit to http://myibrah.com










:'(
Semoga Ramadhan ini memberi sinar harapan bagi mereka
Amin
Ya Allah.

Wednesday, July 25, 2012

Jom beramal di bulan Ramadhan

Assalammualaikum...

Tetiba pula hari ni ada update baru
hermm

rasa sebak, sedih dan pilu masih terasa

sebenarnya tadi terbaca entri berkenaan seorang ibu tunggal yang kurang berkemampuan dek kerana sakit yang dihadapinya di tambah lagi dengan anak-anak yang masih kecil...

sedih dibuatnya 

ini adalah antara isi entri yang membuatkan diri ini merasa sebak

"Mama dah jadi macam bayi semula,doktor suruh pakai pampers...Susah untuk awak ke tandas..Kaki makin tak boleh berpijak.Bengkok dan bila berpijak,tersungkur..Doktor tiada jawapan..Penyakit mama dah mudarat anak anak..Di hospital sunyi sepi tanpa sebarang pelawat yang menziarahi melainkan kakak kakak ipar yang datang datang melawat bekas mak mertua.Katil yang tidak jauh,mereka datang juga menjenguk..Menitis juga air mata...


Kelu lidah untuk meluah,untuk berkata kata bila kaki semakin tak boleh berpijak.Berkali kali memberitahu doktor yang hampir pitam bila cuba berpijak lama sikit.Tapi doktor juga kelu.. 


Bayangkan apa yang mampu di lakukan di hospital sendirian dengan anak kecil..Bagaimana nak ke tandas?Mandi?Solat,sedang uzur.Tiap tiap pagi dan petang gagahkan diri turun ke bawah,ke kantin mencari makanan untuk aiman.Bertolaklah dengan wheel chair.Kata Aiman..Mama janganla guna tangan mama,biar aiman tolak mama,nanti mama sakit lagi..Menitis nitis lagi air mata ni.Wahai sayang mama,kuatkah kudrat aiman yang masih kecil.Tapi betapa gigih dan semangatnya untuk membantu.. 


Anak yang tidak banyak ragam..Hati mama sebak,mama tak boleh elak perasaan sendiri.Dengan ujian ini mama hampir tersungkur dalam diam.. 


Bila aiman lihat mama menangis,aiman boleh menasihati mama,jangan nangis lagi mama,nanti mama sakit.Aiman sayang mama.Aiman ada mama je.Lagila sebak..Aiman makin memahami keadaan.Bagi mama,aiman anak yang cerdik..Semalam aiman lihat mama menangis sehingga sesak nafas oleh kerana sesuatu yang amat menguji hati dan perasaan.Aiman pegang tangan mama dengan air mata yang juga bergenang nak menangis.."


Sedih bila memikirkan keadaan saudara perempuan kita sedemikian rupa

Oleh itu, marilah kita sama-sama meringankan beban beliau

Haryani bt Mat Hussin -Maybank - 1640-3426-6923

RM1 pun tidak mengapa asalkan kita dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung.
Hidup kita ini tidak selalunya indah
Bayangkan jika kita berada di tempat beliau


Ini blog beliau




Salam Ramadhan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...