Tuesday, October 19, 2010

checkup minggu ke 36 5 hari

kali ni nak update pasal checkup untuk minggu yang ke 36 5 hari jumaat minggu lepas. 

kali ni macam ada rombongan plak. ada mama kiter. ada macek kiter. and last hubby kiter. yang neh wajib neh. eheh masa tuh appoinment jam 945 pagi. sampai2 jer dekat SMC tuh fuh byk gilos keta. tak da parking lar. so kitorang yang pompuan2 nieh kuar la dulu nanti terlepas pla appoinment kan. 

so macam biasa la, register dulu then cek air kencing, timbang berat, timbang apa yang patut. yey naik 1kg lagi. ehehe ok la tuh. aku ni dah la kocik. naik 1kg ajer pun dah gembira bagai hehe. korang percaya tak selama aku preg ni berat badan aku naik dalam 5kg-6kg saja. slimmmm tu. hek hek. syukur lah selama preg ni tak ada sangat komplikasi. tekanan darah dalam 100/60. hb pun ok. air ketuban cukup. kedudukan baby pun dah di tempatnya. alhamdulillah harap-harap masa bersalin nanti mudah lah hendaknya. amin.

Thummassabila yassaroh
Maksudnya "Kemudian jalannya dimudahkan"

Doa ni aku dapat dari internet juga. Untuk memudahkan proses bersalin. Insya Allah. ok so tetiba nama aku dipanggil. "Norhanas Lamit". Masuklah kami macam rombongan cik kiah ke dalam bilik gynea aku tu. Dr Helen terkejut bila ramai-ramai masuk ehehe so aku perkenalkan la sorang-sorang kat dia. Excited ni mau bawa mama jumpa Dr Helen. So macam biasa dr tu cek tekanan darah aku. tanya macamana rasa perut. baby ada tendang ke rasa sakit ke. Then dr suruh baring kat katil nak scan perut cek keadaan baby. Sekarang ni diameter kepala baby dah 8cm lebih. Tulang kaki dan tangan baby semua makin membesar. Berat baby pun dah naik 2.2kg. Last scan arituh 1.5kg ajer. Cepatnya baby ni membesar. Baru 3 minggu last scan arituh. Harap-harap baby tak lah besar sangat nanti masa nak keluar. Ok sayang. Kecik-kecik ajer k dalam perut. Nanti kat luar mama bagi besar k ehehe. Mama dia kecik so baby nanti kena la kecik kan. Masa scan tu mama n macek tengok skali. Dengar degupan jantung baby terus rasa best gilosss eheh sihat baby mama ni kan. Mama macam2 tanya kat dr. eheh mama tanya mana uri dia. mana kaki dia. mana tangan dia. mana muka dia. wah mama macam reporter pla. ehehe itu lah mama ku. memang peramah gila. 

So setakat ni alhamdulillah semua berjalan lancar. Aku ada juga tanya kat dr, kebelakangan ni perut selalu mengeras. Dr cakap biasa lah tu. Akhir-akhir minggu memang macam tu. Yang penting baby kat dalam tu aktif. 

Memang dua tiga menjak ni selalu sangat perut mengeras tak kira waktu. Sakit-sakit pinggang jangan cakap la. Bayangkan masa baring kat katil hari tu boleh terkejut terus terbangun sakit pinggang punya pasal. Sakit wooo. Macam tu la kot sakit-sakit nak beranak ni kan. Akan ku hadapi dengan tenang insya Allah. Walau apapun kita kena positif kan minda kan. baru lah baby pun stabil emosi masa lahir nanti. 

Oklah rasanya sampai ni sahaja update pasal checkup prenancy saya kali ni. Dr suruh jumpa sabtu ni lagi. Sekarang ni seminggu sekali buat check up. Yerlah tunggu harilah katakan. 

tengah khusyuk mendengar, en hubby menyempat hihi


p/s : Erm hari-hari aku terpikir, aku nak bersalin dah ka ni. Aku bersalin awal ker lambat yer. Hari-hari ayat ni bermain dalam fikiran.

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011 : 90 hari cuti bersalin

Seronoknya cuti bersalin 90 hari 
Tambah seronok kalau dilaksanakan bulan ni dan tahun ni boleh lah saya bercuti 3 bulan insya Allah dijangka bersalin awal bulan November ni. Tapi kalau ikut logik boleh kan kalau pun ia dikuatkuasakan mulai tahun depan. Dijangka tarikh bersalin jatuh pada November ini. Harap-harap dapatlah cuti bersalin 3 bulan.
InsyaAllah..

ok lah da nak balik ni hubby da bising. selamat bergembira dengan bajet 2011 (walaupun kemungkinan besar bonus 2 bulan tidak dapat..)

Wednesday, October 13, 2010

Irama yang menenangkan jiwa




Maher Zain

Kali ni kita crita pasal penyanyi yang berasal dari Lubnan kalau tidak silap. Betulkan saya ya kalau silap. Takut nih nanti para peminat Maher marah neh ehehe. Korang mesti dah dengar kan lagu-lagu Maher ni. Kalau yang tak pernah dengar saya nak bagitau memang best lagu dia. Setakat ni saya baru dengar dalam 4-5 lagu dia. Semua pun superb! Dah lah lirik mendekatkan diri kita kepadaNYA Maha Pencipta. Irama nya pun sangat menenangkan jiwa. Insya Allah masa nak bersalin nanti dengar lagu dia. Harap-harap dapatlah kurangkan sikit kesakitan semasa bersalin nanti. Hubby dah pun dapatkan semua lagu-lagu Maher Zain ni. Pasnih nak letak dalam hp. So boleh lah dengar bila-bila masa. Baby pun boleh dengar sekali kan kan baby. Insya Allah.

Kat bawah ada video clip dia saya ambik dari youtube. Enjoy listening the rhytm & lyrics.
So touching.



Lirik dia sekali neh

INSYAALLAH
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astraYou’re the only one that showed me
the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Sunday, October 10, 2010

Mendungnya hari

Emosi pada hari ini sangat down. Sejak kebelakangan ni diri dilanda musim hujan sahaja. Adakah mungkin pembawaan hamil 8 bulan? 

Kadang-kadang perkara kecil pun aku boleh jadi sensitif? Kesian pula baby dalam perut ni. Tu yang tak ikut kata hati sangat. Aku cuba ceriakan n happykan diri untuk baby dalam perut neh. Mama tak boleh ikut perasaan kan baby. Erm minggu ni parent datang dari labuan. Bestnya. Lama x jumpa dorang. Rindu sangat2.... :`( . Maklumlah tinggal berjauhan ehehe walaupun tak la sejauh mana. Labuan - KK aja pun ehehe. Makcik pun ikut sekali. Adik bongsu mama. Ucu alut kitorang panggil dia. ehehe kononnya mau melarikan diri dari kawan-kawan dia yang ingin membuat dajal a.k.a membaling telur, melempar tepung dan sebagainya di sempena harijadi nya pada 17hb nanti. naaaaa jaga la ucu. d kk pun nda terlepas ni hihi. tunggu..... 

ok lah berbalik pada cerita kita tadi. emosi yang down di hari2 yang semakin dekat untuk berjumpa dengan my baby. sungguh tak best la. dah la simptom-simptom sakit belakang ku mula menyerang ku dengan kuatnya. tido ku yang tidak lena. selalu betul terbangun tengah-tengah malam. kebelakangan ini pulak sakit pinggang seperti period pain yang dasyat. nasib baik sekejap-sekejap. itu kah yang dinamakan false alarm? kontraksi palsu? macam tu la kot rasanya sakit masa bersalin. woooo dasyat nya huh. harap-harap dipermudahkan diriku bersalin. amin. perut ku pula mengeras sentiasa tidak mengira siang atau malam. sebenarnya baby tengah buat apa ya kat dalam perut ku itu? menggeliat kah? menendang kah? konpius pla kenapa perut ni keras2. macam ni lah perasaaan ibu ku semasa mengandungkan diri ku. aku sayang mama sangat-sangat.

Love u mama! 

oklah rasanya sampai setakat ni aja coretan buat kali ini. Rasa sakit belakang mula menyerang. Aku ingin berehat kejap.

tata titi tutu



Saturday, October 09, 2010

36 minggu

Hari ni dah masuk minggu ke 36. Jom kita lihat perkembangan bayi 36 minggu



Minggu ke 36:
Mulai dari minggu ini bayi sudah mempunyai ukuran dan kematangan yang siap untuk lahir. Jika bayi lahir pada minggu ini bayi lahir premature tetapi akan bayi akan baik saja.
Pada bulan terakhir kehamilan ini bayi akan mendapat antibody dari ibunya, seperti campak. Lemak akan terus bertambah dibawah kulit bayi setiap hari. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...