Showing posts with label bayi. Show all posts
Showing posts with label bayi. Show all posts

Friday, October 07, 2011

Breakfast Meal Project with baby Izz


Toast Bread with love



Ini lah projek untuk sarapan baby Izz esok
Memandangkan baby suda ada gigi 4 batang. boleh lah start bagi makanan-makanan
yang ada tekstur.
so baby boleh lah explore kebolehan baru
terujanya
(mak dia pula yang teruja)

bentuk dia tuh yang mengancam tuh
boleh buat bentuk-bentuk yang pelbagai menggunakan
food cutter
boleh google
banyak jual kat online nih

kalau dekat kedai erm 
tidak pernah pula nampak

so untuk menyediakan menu sebegini
bahan-bahan yang diperlukan ialah :
1. Beberapa keping roti 
terpulang lah mau roti putih atau roti gandum
2. food cutter untuk jadikan bentuk roti yang cukup cute ehehe
3. Oven untuk membakar roti

Cadangan :
maybe boleh tambah sikit rasa manis
macam
kurma jem
(rebus kurma then blend sket jadi macam jem)

baru ada rasa
baby pun suka 
ehehe
so mommies jom try menu ni 
terangkat!!!

Tuesday, July 05, 2011

Wordless Wednesday : How time passes quickly


Cepat betul masa berlalu
Sedar-sedar mau pandai jalan sudah baby Izz
Macam baru kelmarin jak aku dioperate

sssHHHHhhh

Wednesday, May 25, 2011

Bahaya air masak bagi bayi yang berumur 6 bulan ke bawah

Salam semua,

gambar ini bukan baby Izz pun. nanti lah snap time dia makan


Hari ini saya mau share sikit pasal pemberian air masak / air putih / air biasa / berapa banyak atau daa. ok selalu kita dengar orang-orang tua / yang sudah banyak anak mesti suruh kita bagi air masak kan? sebenarnya apa relevan bagi air masak tuh. kalau saya, fikir logik pun macam tidak bagus bagi air masak pada baby. apatah lagi yang baru lahir atau dalam pantang.

Cuba fikir kan. Air yang kita minum sekarang ni pun belum tentu terjamin kualiti kebersihannya. Tengok saja ejen-ejen jualan langsung berlumba-lumba menyuruh kita beli produk penapis air mereka. Banyak macam demo yang ditunjukkan pada kita. Siap compare lagi dengan air yang kita guna di rumah. Wah bukan main lagi semasa demo terus air kita jadi hitam air dia putih jernih langsung tiada bakteria atau segala macam mikrorganisma berbahaya. Kata-kata macam dia saja yang sihat di dunia ni. Air kita ni berkimia lah tercemar lah. Macam kita ni nda lama lagi mau cau (mati).

Tapi....  Kenapa?
.
.
.
.
Semua itu adalah kerana kualiti air kita yang semakin terancam. Jadi berbalik pada cerita kita tadi berkenaan pemberian air masak pada bayi. Kita sendiri boleh pikir apa akibat nya jika air masak diberi pada bayi yang perutnya masih teramat kecil. Ususnya pula masih belum matang untuk memproses sebarang bahan-bahan di dalam air masak. Cukup lah susu ibu. Kenapa?
.
.
.
.
lagi lagi kenapa haihhh hihi
.
.
.

.
.
Susu ibu penuh khasiat yang cukup untuk bayi. Malah susu ibu juga mempunyai penapis istimewa di mana jaring-jaring saraf di dalam badan ibunya telah menapis air susu sebelum diberikan kepada bayi. Penapis yang tiada dijual di mana-mana yang telah diciptakan khas oleh Tuhan sekalian makhluk. Subhanallah. Betapa khasiatnya susu ibu kan?

Oleh itu, berhentilah memberi bayi air masak terutamanya bayi berumur 6 bulan ke bawah. Selalu juga orang tua saya sendiri menyuruh memberi air masak. senyum saja :) .Hurm  tengok air dari paip pun warna putih kapur. wah byk sungguh kandungan klorin. tambahlah takut untuk memberi air masak pada baby Izz.


Kalau cakap sesuatu perlulah ada bukti kan ehehe so di bawah ni ada sedikit info berkenaan bahaya air masak pada bayi. so lets cekitdaut ;p



Merencatkan Tumbesaran

Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.
Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.
Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.

Sumber di ambil dari http://hanisamin.com/blog/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...