Tuesday, June 21, 2011

Selamat Hari Bapa!


SELAMAT HARI BAPA

Tidak disangkal akan tanggungjawab ayah, bapa, daddy kepada keluarga
Dengan keringat mereka lah kita dapat makan, minum, pakai dan sebagainya. 
Tidak lengkap hidup ini jika tiada bapa
I LOVE BABAH!

To my hubby
Selamat Hari Ayah :) 
dari 
Baby IZZ


Wednesday, June 08, 2011

Cupcake yang comellllsss

Salam semua...
Korang apa khabar pagi ni? 
Saya sihat. *ceh ada orang tanya ka? 
Harap korang sihat lah hendaknya ya hehe


So pagi ni awal-awal pagi sudah berjalan-jalan di blog-blog (blogwalking)
Maka terjumpa lah satu blog yang sangat comel
Blog dia nih memaparkan cupcake-cupcake yang dia buat. 
Kebanyakannya daripada fondant.
Kalau dah namanya fondant memang lawalah sebab boleh buat pelbagai bentuk mengikut kreativiti 


Kalau tak caya

korang tengok lah sendiri gambar di bawah nih. 





Lawa kan lawa kan. 
Kek Ipad tuh fuiyooohh
sangat teliti kan icon-icon atas kek tuh
comel betullah. 


Ok lah saja ja mau share sebab terlampau comel

ok dah. cukup lah dua keping gambar. 
Kalau hendak tengok lebih banyak yang comel-comel
silalah ke blog dia kat sini http://comelicious-cupcake.blogspot.com/


tata
sekian untuk entry kali ini




I Stalk Your Profile (Acoustic) - Jazz Hayat & Aziz Harun *Free Mp3 Down...




Cuba tengok dan dengar video clip nih. They are so talented yawww. The song was created by themselves.

Tuesday, June 07, 2011

Baby izz dikala usia 7 bulan

First sekali
mau letak gambar baby Izz


"Mama, izz nak masuk 7 bulan lah"


Hehe ni lah gambar terbaru izz
Sabtu nih genaplah usia izz 7 bulan

jom lihat perkembangan izz setakat ini 

Di ambil dari http://www.babycenter.com.my
  • Melonjak-lonjak - Setakat nih memang suka melonjak-lonjak haihhh kuat plak tuh. kena berhati-hati semasa memangku dia sebab kiter kan bekas operation. setakat nih masih mampu lagik manahan kekuatan tendangan izz. Kalau letak kat walker bukan main suka lagi. melonjak sakan eheh. tapi kitorang tak bagi kaki mencecah lantai. Beli walker yang ada alas dekat bawah. Just untuk bagi dia berdiri saja bukan berjalan. Kan byk walker sekarang yang ada alas kat bawah tuh. Mengikut pakar tak baik anak yang belum pandai berjalan di letakkan dalam walker yang boleh berjalan tuh. Boleh mendatangkan bahaya. Boleh rujuk disini http://drmuna.wordpress.com/2009/12/13/adakah-baby-walker-selamat-untuk-anak-anda-bahagian-2/
  • Belajar memegang - Ya ini sememangnya betul. Tengah dok suap makanan, tangan dia pun sibuk mau pegang sudu. Bagi aja lah. Biar dia mau explore benda tuh." Baju kotor boleh basuh kan mama? " Hamboiii
  • Tumbuh gigi - OooOO yang ni belum lagi. Syukur juga lah. Gigi lambat rosak dan mama boleh BF izz dengan tenang hati. Banyak cerita dari KIM (Facebook), ramai yang mengadu sakit 'N' sebab baby dorang main-main geget masa BF huhuh serammm jek dengar. Izz budak baik kan ? :p
  • Menguji autoriti anda - Setakat nih tak ada pulak dia baling-baling barang. Belum lagi kot. Setakat hempas-hempas barang tuh adalah. Tuh pun memang mainan dia. Memang untuk dihempas keletuk keletung pun hihi. Hanphone , remote control tak ada pulak. Setakat nih masih terkawal so belum boleh lagi to "say no" atas sebab kenakalan nya :)
  • Perasaan tak senang ketika berpisah - Ok yang nih bukan baby izz. Sebenarnya mama dia yang tak senang berpisah. Setiap kali mau hantar izz ke nurseri. Rasa sayu jek. haihhhh tapi yang nih belum lagi la izz. Akan adakah sindrom sebegini. aduh camana lah nak handle nih kalau dia nangis-nangis time hantar ke nurseri. Suruh ayah hantar lah. boleh ka gitu? ehehe macam emo jek nanti hurmmm 
  • Kemahiran mengenal - Yang nih ada perasan gak. Kalau mama dia nyanyi lagu kegemararan dia (Bintang Kecil) mesti dia menoleh dan ketawa. Kadang-kadang tuh kalau mama dia nyanyi ikut tv (GLEE) dia pun bersuara macam nak nyanyi sama. ehehe 
  • Memahami bagaimana objek berhubung kait - Erm yang nih belum lagi lah rasanya sebab izz belum boleh duduk pun main permainan. Cuma perasan yang kalau kita tengok dia melalui cermin. Dia pasti akan menoleh dekat kita balik. Dia tahu dekat cermin tuh cuma imej hihi
  • Patung dan permainan yang menyeronokkan - Yang ni betul nih sebab dulu mainan dia yang bola tuh. Buat tah endah jek. tapi skarang wah mau terloncat-loncat kalau bagi tunjuk bola tuh. 

Rasanya itu saja lah perkembangan izz setakat nih

ok lah 

tata
tapi 



sebelum 
tuh





taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


izz dah pandai baca menu lah haiiiyohhh

Friday, June 03, 2011

Betapa hatiku hancur luluh


Tersentap hatiku tatkala membaca berita pagi kelmarin

Bayi dicampak dari tingkat lima hingga kepala bayi tersebut pecah dan hampir terputus kaki
ya Allah
apa sudah jadi dengan manusia sekarang ini?

Hatiku meraung benar benar sedih
Aku cuba untuk tidak memikirkan perkara ini
bagaimana bayi sekecil itu dibuang begitu sahaja seperti anak patung

ya Allah
Hanya Engkau yang mampu membalas kejahatan manusia yang melakukan perbuatan tersebut
Sesungguhnya perbuatan ini amat melampaui batas

Astaghfirullahalazim
Semenjak bergelar ibu ini hati ku sering tersentuh jika melibatkan bayi atau anak-anak kecil
mereka ni makhluk Allah yang tidak berdaya
memerlukan belas kasihan dan kasih sayang daripada ibu bapa

Apa lah dosa si kecil 
sehingga dicampak, dibuang , dibiar 
sedemikian rupa

Tidak kah mereka terfikir
Makhluk kecil itu 
Seketul daging yang masih suci 
Masih tidak mengenal erti dunia


Ya Allah 
Aku mohon agar dijauhi segala bentuk kejahatan dan kekejaman 
Selamatkanlah dan peliharalah kami sekeluarga dengan limpah kurnianMu



amin ya robbal a'lamin
Marilah kita doakan kesejahteraan anak kecil itu


:'(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...