Tuesday, October 09, 2012

Penjual Telekung Sulam

Assalammualaikum semua

Lama rasanya tidak menjenguk sarang belog ku ini
Rindu nya dengan korang semua
Ada ke followers yang baca
Huk aloh perasan!

Semenjak berkecimpung dalam bisnes online nih
Banyak benda yang mau dibuat
Pekerja pun tiada
Saya lah bos saya lah pekerja
Cuma ada juga pekerja untuk tolong buat bunga ros tuh
terutamanya syria rosalinda tuh
byk tuh ros mau dibuat
mau terkehel jari jemari melilit kain chiffon tuh 
hehe


Memang saya busy dengan tempahan tudung, design tudung untuk setiap keluaran Hijabook
dan sekarang nih yang terbaru
pre-order telekung
memang serius cantik telekung nih
sebenarnya first beli untuk sendiri dulu
sekali sampai 
fuhhh memang berkualiti lah kain dia
tuh yang nak tolong jugak kengkawan fb kalau ada yang nak beli telekung
dah lah kain lembut sejuk
bersulam pulak tuh
ada beg lagi
harga pun berpatutan
ambil untung sikit jer.
beramal juga kan jual telekung nih
insya Allah

kat bawah nih lah contoh-contoh telekung yang saya jual
masa first time jual tuh sold out dalam semalam jer.
yer lah saya jual rm100++
dekat butik rm300++
mana tak laku

then saya ambik pre order pulak
yang nih pun macam pisang panas
sehingga saya terpaksa tutup pre order
takut terlebih berat
syukur alhamdulillah
pre-order batch 2 akan saya fikirkan
insya Allah kalau ada permintaan ramai saya akan buka


yang nih telekung yang terbaru
ada set telekung , beg dan sejadah sekali
material sutera thailand
lembut dan tebal

yang ni pulak kain cotton sejuk
memang superb la kualiti dia
sehingga saya beli dua
tuh pun kalau tak beli 4 helai







Okay 
tuh jer lah k

tata titi tutu
Assalammualaikum...

Sunday, July 29, 2012

Bagaimana ingin membantu masyarakat islam Rohingya di Burma???

Ya Allah

Lindungilah keselamatan penduduk muslim di Burma
Bantulah masyarakat Rohingya daripada ditindas sedemikian rupa

Ya Allah
:'(

Tidak sanggup diri ini melihat umat islam dianiaya sebegitu kejam sekali
Kanak-kanak kecil
Wanita
Orang tua

Seharian memikirkan penderitaan masyarakat Rohingya
Bagaimana cara kita sesama saudara muslim ingin membantu mereka? 

Ya Allah 
Mungkin dengan entri ini dapat membantu sedikit dalam menyebarkan info berkenaan kekejaman terhadap masyarakat muslim di Burma

Jom rakan-rakan semua
Kita buat satu entri berkenaan fakta nasib masyarakat Rohingya di Burma
Semoga dunia tahu betapa isu ini perlu dititikberatkan

Ayuh muslimin dan muslimat
Kita bangkit berjuang demi nasib saudara seagama kita

Bagi sesiapa yang belum tahu siapa masyarakat Rohingya itu
sila baca entri ini
Credit to http://myibrah.com










:'(
Semoga Ramadhan ini memberi sinar harapan bagi mereka
Amin
Ya Allah.

Wednesday, July 25, 2012

Jom beramal di bulan Ramadhan

Assalammualaikum...

Tetiba pula hari ni ada update baru
hermm

rasa sebak, sedih dan pilu masih terasa

sebenarnya tadi terbaca entri berkenaan seorang ibu tunggal yang kurang berkemampuan dek kerana sakit yang dihadapinya di tambah lagi dengan anak-anak yang masih kecil...

sedih dibuatnya 

ini adalah antara isi entri yang membuatkan diri ini merasa sebak

"Mama dah jadi macam bayi semula,doktor suruh pakai pampers...Susah untuk awak ke tandas..Kaki makin tak boleh berpijak.Bengkok dan bila berpijak,tersungkur..Doktor tiada jawapan..Penyakit mama dah mudarat anak anak..Di hospital sunyi sepi tanpa sebarang pelawat yang menziarahi melainkan kakak kakak ipar yang datang datang melawat bekas mak mertua.Katil yang tidak jauh,mereka datang juga menjenguk..Menitis juga air mata...


Kelu lidah untuk meluah,untuk berkata kata bila kaki semakin tak boleh berpijak.Berkali kali memberitahu doktor yang hampir pitam bila cuba berpijak lama sikit.Tapi doktor juga kelu.. 


Bayangkan apa yang mampu di lakukan di hospital sendirian dengan anak kecil..Bagaimana nak ke tandas?Mandi?Solat,sedang uzur.Tiap tiap pagi dan petang gagahkan diri turun ke bawah,ke kantin mencari makanan untuk aiman.Bertolaklah dengan wheel chair.Kata Aiman..Mama janganla guna tangan mama,biar aiman tolak mama,nanti mama sakit lagi..Menitis nitis lagi air mata ni.Wahai sayang mama,kuatkah kudrat aiman yang masih kecil.Tapi betapa gigih dan semangatnya untuk membantu.. 


Anak yang tidak banyak ragam..Hati mama sebak,mama tak boleh elak perasaan sendiri.Dengan ujian ini mama hampir tersungkur dalam diam.. 


Bila aiman lihat mama menangis,aiman boleh menasihati mama,jangan nangis lagi mama,nanti mama sakit.Aiman sayang mama.Aiman ada mama je.Lagila sebak..Aiman makin memahami keadaan.Bagi mama,aiman anak yang cerdik..Semalam aiman lihat mama menangis sehingga sesak nafas oleh kerana sesuatu yang amat menguji hati dan perasaan.Aiman pegang tangan mama dengan air mata yang juga bergenang nak menangis.."


Sedih bila memikirkan keadaan saudara perempuan kita sedemikian rupa

Oleh itu, marilah kita sama-sama meringankan beban beliau

Haryani bt Mat Hussin -Maybank - 1640-3426-6923

RM1 pun tidak mengapa asalkan kita dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung.
Hidup kita ini tidak selalunya indah
Bayangkan jika kita berada di tempat beliau


Ini blog beliau




Salam Ramadhan

Monday, June 25, 2012

BESTNYA TUTORIAL CARA BUAT AKAUN PAYPAL GUNA KAD DEBIT MAYBANK

Salam u olsss.

Ni lah kebaikan mr google
apa-apa pun di hujung jari
tapi carik la yang baik-baik jer yer

sapa yang suka shopping online
wah bukan main lagi korang
semua excited
tadi macam ngantok jer petang-petang isnin nih
ehehe

bukan dekat malaysia jer boleh shopping
dekat worldwide pun korang boleh shopping tau
apa lagi guna 
PAYPAL
la

dah popular dah mamat paypal tuh skang
macam-macam dia boleh buat
skang nih
mamat Maybank debit card pon dah boleh kamceng ngan paypal
wah best gilosss nih

lepas nih ader la parcel international kat depan pintu rumah 
alahaiii bestnyaa

ok 
kalau korang nak tahu cara-caranya
klik link dekat bawah nih ehehe



semoga berjaya. 
aku tengah buat nih
gigihhhhhh~~~

Sunday, June 10, 2012

Certified by mr. Saiful Nang!

Salam 

wah kemain update blog hanazku
tiap hari ada saja update
hokei la tuh kan
bagus apa 
eheh

kali ni bukan apa
saja nak share dengan korang 
tentang perkembangan
bisnes part time adik aku
yang photographer tuh ehehe
ala tak ingat ker
yang zulfahmi lamit tuh aka pami gondrowo
wah full name giteww

yer la bukan apa
tadi tengok-tengok dekat fb dia
nih fb dia
yang tak dapat tengok pic2 kat wall dia tuh
add friend dulu naa

so aku lihat 
gambar2 / shot2 yang di ambil 
superb gilak!
dangggg!
marvelous

skrol punya skrol sampai bawah
nampak pula gambar dia ngan mr saiful nang 
ala tak kan tak kenal
jurugambar tersohor negara tuh
masa awal dan shca kahwin
dia la yang amek
padan lah makin tambah pro 
gambar2 adik aku tuh
rupanya berguru dengan pro
aisehhhh

actually aku memang tau pun dia ada pergi kursus
photographer ngan saiful nang dekat penang hari tuh
cuma tidak lah ku sangka 
sebegini hebat 
penangan ajaran tok guru nang
ehehe

apa-apa pun
bertuah lah yer 
warga labuan 
erm sabah pun masuk la jugak
dekat sangat dah tu
sebab dah ada photographer pro 
yang boleh dibanggakan
harga pun tak dak la mahal sangat rasanya 
yer la masih baru lagi kan

ok
jom kita layan gambar yang di ambil baru-baru nih

















nih antara wedding shot yang di ambil baru-baru ni
dorang ni ada team 
nama team dorang nih 

so amacam
pandangan korang?
hebat tak?

masih tak percaya 
dia ni anak didik saiful nang yang meletop tuh?

nih dia bukti!


taraaaa



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
tu dia baju free 
(bukan free pun termasuk yuran maaa)
hahahaah
 .
.
haa ni lah adik ku dengan team nya mie jie

 . 
kan dah cakap tok guru dia mr saiful nang



candid semasa kursus



so tunggu apa lagi
korang-korang yang nak kahwin, tunang, cukur jambul, kenduri sambut menantu, mulih tiga hari
sila terjah ke FB beliau sekarang untuk menempah
dengar-dengar byk yang dah bertanya2 
korang bila lagi
?


cekidauddddd!

eh eh

kalau nak tengok blog pun ada jugak

tapi macam tak ber update lah pulak

erm terjah saja FB tuh
boleh pm terus


SEMOGA BERJAYA U OLSSS!






Friday, June 08, 2012

5 minit entri Perihal Ustaz Don Daniyal di blog Hanazku

Fuh
bukan main panjang lagi kan 
tajuk entri ku kali ini
kalah Propa hihi

Ok la
kali ni saya ingin berkongsi sedikit info berkenaan
ustaz idola masyarakat kini
siapa lagi kalau bukan 
Ustaz Don Daniyal
:)

tengok tuh 
senyum bukan main panjang 
kalau sebut pasal ustaz Don
maklumlah
muda lagi
tambahan kacak pula
ditambah dengan 
sifat warak beliau
kan kan kan

ok first aku tau pasal 
ustaz don nih masa 
nampak video
dekat facebook / blog seseorang tak silap
lupa pulak
almaklumlah 
umur bukan muda sangat ponnn
muka ajer yang nampak muda
*perasan lagi

ok balik ke cerita asal
tajuk video tuh pasal
ceramah
Anak asset ke syurga
fuh mengalir laju-laju
airmata ku ini
berkesan sungguh ceramah 
ustaz don. 

dari situ lah 
aku follow ceramah ustaz don.
carik di youtube
carik di tv alhijrah
carik dekat facebook
carik dekat rumah
ehh 
tak da lah sampai carik dekat rumah 
ehehe 
maafkan saya *tiru stail zizan

dari apa yang saya lihat 
ustaz don ni 
begitu merendah diri
walaupun dia kiranya telah menjadi idola kepada masyarakat
khususnya remaja
lagi pula penyampaian ceramah beliau 
sungguh sempoi
dan senang di faham
bak kata orang 
memang berkesan lah

tengok saja ceramah beliau d tv al hijrah
dengan bersungguh-sungguh 
dia demo bagaimana cara yang betul untuk sujud, ruku' dan sebagainya
memang beruntung kedua ibu bapanya 
harap-harap anak aku pun macam ustaz don jugak nanti 
kan baby izz
amin...
:)

Salah satu adegan yang bagi aku amat tersentuh hati
adalah di mana dalam tv alhijrah
ustaz don memberi ceramah di suatu karnival
masa penghujung rancangan tuh
ramai yang ingin bersalam dengan ustaz don
kecuali perempuan dewasa lah
yang dikira bukan muhrim
ustaz don turun ke bawah untuk bersalam dengan orang ramai
ada satu part tuh 
dia salam dengan budak-budak
dia pegang dan cium tangan budak tuh

tersentuh hati ku sebagai ibu
ingat dengan sunnah Rasulullah S.A.W
yang sangat kasihkan budak-budak
itu lah sifat ustaz don yang sangat aku kagumi
tau la zaman sekarang nih
selalu berlaku kejahatan pada budak-budak 
bukan lelaki sahaja wanita pun sama
tapi aku tidak mahu cerita pasal tuh
rosak mood saja

entri nih pasal ustaz don saja hokeyyy

kalau korang nak tahu biodata ustaz don pun saya dah tanya incik google ehehe

BIODATA USTAZ DON DANIYAL
Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Nama Panggilan : Ustaz Don
Tarikh lahir: 
14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang (Kalau lepas nie dah kahwin...kira kahwin la tu... berubah mengikut perkembangan..hehe)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
Rancangan TV Ustaz Don: 30 Minit Bersama Ustaz Don (TV AL-HIJRAH)

Credit to 


entri nih pasal ustaz don saja hokeyyy
lepas biodata kita cerita pasal didikan keluarga ustaz don pulak
daripada apa yang aku kaji
ceh siap buat research lagik tuh ehehe
biasalah mr google kan ader

daripada apa yang aku baca
bapa dia pembantu makmal
manakala
ibunya pula kerani
tapi ada kisah menarik masa ibubapanya
membesarkan ustaz don

masa ustaz don kecil 
emaknya berhenti kerja 
semata-mata untuk menjaga dan menyusukannya 
sehingga umur dua tahun
seperti yang diperintahkan Allah S.W.T
erm baby izz genap setahun jer susu badan
insya Allah anak kedua nanti genap dua tahun
amin
ok balik pada cerita asal
sambung dekat mana ya
ok
lebih menarik lagi
tiap kali ustaz don menangis malam ingin minum susu
bapanya turut serta membancuh susu
sementara menunggu ibunya menyusukannya
semasa menyusukannya pula
bapanya tidak membenarkan isterinya menyusukan 
sambil baring
sebaliknya bapanya akan menyuruh ibunya
bersandar ke belakang badannya 
bagi memastikan keselesaan ibunya

so sweet okeyyyy
parent ustaz don nih
patut lah dapat anak soleh macam ustaz don
perkara-perkara sedemikian amat dititikberat
great parent!
aren't they?

untuk banyak cerita menarik boleh lihat dekat artikel oleh harian metro di bawah nih k

jom lihat wajah-wajah ustaz don daniyal

cekidaut!








dah abes dah
bubyee 
:)










Wednesday, June 06, 2012

Bahaya penggunaan kerusi beroda bayi

Salam semua.

Teringin berkongsi dengan para ibu khasnya yang telah mempunyai anak bawah setahun

Erm selalu tak korang dengar 
Orang-orang tua cakap
"Belikan lah kerusi beroda tuh" 
"Senang sikit budak tuh nak berjalan"
"Lagi awal jalan lagi bagus"

Selalu kan? kan? kan?

Sebenarnya bahaya tau penggunaan kerusi beroda untuk bayi ni
Ia sebenarnya tidak membantu dalam keupayaan motor bayi tersebut
sekaligus keupayaan untuk bayi berjalan awal!

Jika difikirkan logik betul jugak. 
Kalau kita letak bayi tuh yang belum bersedia langsung hendak berjalan
Kenapa hendak letak di kerusi beroda tuh?
Takut-takut ada efek pula pada jangka masa panjang nanti
Bagus kita biarkan bayi tuh explore skill mereka dengan sendirinya
betul tak? 

Nasip jugak baby Izz tidak diletak di kerusi beroda masa awal2 dulu.

Info lebih lanjut boleh baca dekat sini yer


*gambar terbaru baby Izz*

Tuesday, March 20, 2012

My New Obsession

Janome Harmony 2049

Apa kebenda tuh? 

Tengok saja gambar nih

walau pun belum siap sepenuhnya 
aku tidak peduli
harus pamerkan dulu 
hahah 


baru 95% siap. 
tunggguuu....

dah nampak dah kan janome ku itu
awwwww...
i likeee

Wednesday, February 01, 2012

Video Perkahwinan yang awesome!

Salam all.

Hari ni saya ingin ceritakan tentang satu video perkahwinan yang awesome
ehehe

Eh perkahwinan siapa ya
mestilah adik saya

Sebelum melihat video yang sangat awesome tuh
mari kita tengok dulu
gambar-gambar
di sebalik tabir pembikinannya

enjoyyyyissss



pengantin sibuk mendengar arahan director



testing testing



candid!



director memastikan flower girl tidak bergaduh 
blue vs peach 
hahaah



dengar jangan tidak dengar hep!



director memastikan lokasi penggambaran tiada ularrrrrrrrr
uuuuuuuu serammmmm youuuuu



flower girl sekalian menanti untuk di shoot 
huhu



flower girl interframe pengantin? berani?



scene merajuk kerrrr



flower girl telah dihalau! 



scene romantikkk gitewww awwww



adakah pengantin konpiussss?



nice shot huh 
hahah perasann nya empunya belog nih



hati-hati angkat kain tuh yer pengantin
hihih

gambar di atas adalah antara shoot di sebalik tabir 
untuk video perkahwinan yang awesome tuh

mesti anda tidak sabar untuk melihat video tersebut kan
sabar 






sabar 







sabar







taaaraaaaa
belum lagi
kita lihat dulu gambar flower girl ya


ini dia aksi-aksi terlampau di pokok-pokok yang kurang rimbun



ini pula aksi-aksi manjerrr awwww



thorn among the roses! thats it



last picture! The director of video! awesome!



So sudah bersedia untuk melihat video perkahwinan yang awesome ituh
jom
enjoissssss!
pastikan anda tekan butang 'PAUSE' dekat player blog saya nih
lagu dekat video nih tersangatlah touchingg hokehhh
sehinggakan air mata jantan boleh jatuh ke bumi




HIGHLIGHT: Fahmi + Asni (Labuan) from UnisysSyndicateFilms on Vimeo.


Amacam?
Awesome kan?
Harus lah awesome sebab
muka owner belog nih ada juga terselit
hahahaah
so kalau sapa-sapa berminat

Disini saya juga sertakan link facebook director video nih
mana lah tau ada bakal-bakal pengantin yang ingin mencari photographer yang bagus
contact lah dia ni
masa saya kahwin pun saya ambil dia jugak
memang bagus , teliti orangnya dan so hilarious
pengantin pun tidak kekok
tu yang lawa-lawa gambar pengantin
aisehhhh
kamek sukak gilak
https://www.facebook.com/apen.unisys

Monday, January 09, 2012

Wake up call. Jom muhasabah diri.


Semoga anak-anak kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah.

Amin.


**Pagi - pagi sudah Sob Sob

Sunday, January 08, 2012

Apakah masa depan anakku?

Assalammualaikum

Hari ni saya ingin bercerita berkenaan
anak

Hurm semenjak ber'title' ibu nih
Hati selalu fikirkan anak
apa-apa pun anak dulu yang diutamakan
contohnya
kalau makan, fikir untuk makankan anak dulu 
baru diri sendiri
sudahnya sekarang nih kurus macam lidi
heheh

Hurm 
sebenarnya dah lama aku kaji berkenaan pendidikan yang harus aku bagi untuk anak ku kelak
ya aku tahu jauh lagi perjalanan anak ku untuk bersekolah
tapi 
aku sudah mula berfikir
sekolah bagaimana yang ingin aku hantar anakku nanti?
sekolah swasta kah?
sekolah kerajaan kah?
sekolah pondok kah?
sekolah persendirian kah?

erm
sebenarnya 
aku amat takut 
dengan dunia sekarang
bukan apa
dengar kes-kes maksiat dan sebagainya
budak bawah umur 
sudah pandai buat maksiat
simpan benda-benda lucah di handphone

aduhhhh
takut yang amat dasyat
entah-entah kita hantar dia ke sekolah 
dia melencong ke tempat lain

Astaghfirullahalazim....
Nauzubillahuminzalik...

"Ya Allah Ya tuhanku, 
sesungguhnya hanya Engkau sahaja tempatku mengadu. 
Aku mohon agar seluruh keturunanku terpelihara akhlak dan akidah mereka.
Jauhilah mereka daripada perkara-perkara maksiat dan yang dilarang olehMu
Pandulah mereka ke jalan Mu Ya Allah"

Amin ya rabbal a'alamin.

Bagi ku apa yang penting 
didikan agama dari kecil lagi
kecil-kecil kita harus ajar perkara-perkara yang dilarang dan disuruh dalam agama Islam
tetapi secara berperingkat
mengikut umur anak kita
jangan pula terus-terus kita paksa dia
kita ikut cara Rasulullah S.A.W mendidik anak-anaknya
dengan lemah lembut dan penuh diplomasi
so dengan ini
budak itu sendiri dapat menahan diri dari perkara-perkara negatif
kerana
hati anak kecil itu sendiri yang jadi pendinding
ke arah perkara-perkara yang dilarang.
doa ibu juga merupakan jalan terbaik
bagi mendidik rohani anak
kerana 
doa ibu selalunya makbul
dan mustajab doanya.

Oleh itu
marilah kita sama-sama muhasabah diri dan meningkatkan diri kita 
dengan pengetahuan agama
dari masa ke semasa
kerana 
kita lah cermin masa hadapan anak kita


Amin.


Rindunya dengan baby Izz
apalah dia buat di taska tuh
sob sob






Saturday, January 07, 2012

Inner Kaffah yang harus anda miliki

Salam dan selamat malam semua

Wah tetiba ada entri baru memalam buta
Mimpi ka hapa nih

Bukan apa
Masa sekarang nih tak ada apa mau buat
Baby izz dah tidur
Ayah izz main game 
So masa yang terluang nih 
boleh lah update blog sikit
ehehe

Entri kali nih berkaitan fesyen sikit
Mau review sedikit berkenaan 
Inner Kaffah 
by 
Siti Juwariyah

nih blog beliau

cantikkan inner kaffah tuh
fully covered u
kain nya pun selesa sangat
so saya ada beli satu tau
warna choco brown


**sila abaikan makanan yang banyak di atas meja ituh

taraaaaa
gambar baru di ambil sebentar tadi hokayyy
panasss lagi dari oven
hek hek

Apa pun memang best inner nih

Apalagi jom lah beli

Sharing is caring



tata 
nite-nite



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...