Thursday, March 31, 2011

Banner baru

Quick update!

Perasan tak banner baru saya tuh ehehe cantek keeee? 
ehehe suka tak ngan banner baru nih. awwww pinky siot 

banner nih aku ambik masa 2 minit jer nak siap kan 
actually ada banyak aku buat design frame dia tuh


.
.
.

design 1


design 2


design 3 



simple jek kan banner ku ini
tak lah secanggih banner korang yang shatek tertarik tuh :p


layannn jer

** release tension jap, owh keja melambak-lambak dowh

tata

Tuesday, March 29, 2011

Kisah seorang ibu mithali yang teramat

Bingkisan ini aku copy dari sumber rakan ku dalam Kumpulan Ibu Menyusu di facebook
kisah ini membuat aku sedar betapa besarnya erti menjadi seorang ibu
sob sob sob sob 
sedih 

"Hari ini, saya terpanggil bagi berkongsi satu kisah yang sangat menyentuh hati dan naluri saya sebagai seorang yang bergelar ummi, anak dan insan. Kisah ini adalah perkongsian daripada seorang DJ radio yang menjadi halwa telinga saya di dalam kereta, sepanjang menuju ke pejabat. Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh rakan beliau yang bertugas sebagai anggota bomba. Mungkin ada juga rakan-rakan di luar sana yang turut mendengar perkongsian ini.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi."

Betapa besarnya kasih sayang ibu itu pada anak nya tatkala menemui ajal masih sempat menyusui dan mendakap anaknya. Sungguh aku sedar betapa aku ni belum menjadi ibu mithali. Kadang-kadang anakku nangis tengah malam aku lambat menyusukan nya. Kadang-kadang kalau anakku demam aku mengeluh semasa menjaganya. Kadang-kadang jika dia merengek-rengek aku marahkannya. 

Maafkan mama sayang.
Aku akan berusaha menjadi ibu mithali pada mu anak ku
Akan ku ajar pada mu segala ilmu dunia dan akhirat agar engkau menjadi hambaNYA yang beriman 
Akan ku beri engkau kasih sayang yang tidak terhingga sehingga akhir hayat ku
Semoga engkau menjadi anak yang soleh





.amin. 



Tuesday, March 22, 2011

Jual tudung online

assalammualaikum

c.O.t.t.O.n

kebelakangan ni banyak sangat blogshop jual tudung kan
cantik2 pulak tuh
huh geram lah tengok

tudung kegemaran aku nak taw apa?
dah atas tuh dah hint dah
semestinya tudung cotton
whoahh lawa siot
senang dan mudah nak pakai

tak payah pakai kerongsang beb
just lilit pusing kepala
siap!
terus jalan 
gi shopping
gi keja
gi kenduri

lagi satu tudung cotton nih 
sangat lah sesuai di pakai ke majlis-majlis
tak kira kasual ka formal ka

tu lah kelebihan tudung cotton nih

jom nikmati keindahan tudung cotton nih
**sila abaikan model nya hihi

tudung nih best sangat taw terletak gitu 
tudung nih instant main masuk jek terus zapp masuk keta jalan!

tudung nih pulak ala2 pashmina tapi cotton jenis corak

nih plak jenis plain cotton i likeee ~~ 

nih pun sama ala mucuk baby IZzz

nih plak cotton yang ada benda2 bergantung kat hujung tuh
tak seswai kalau nak gi jenjalan bf kan anak 


for ur info
tudung nih langsung xpayah iron
ngam sangat ngan diri ku ini
yang sangat2 bz menguruskan anak
perlu masa seminit dua aja untuk bersiap

bestkan 
so korang rasa patutkah saya jual tudung cotton nih
jual murah2 jek
buat sendri mah


response please hik hik 
last skali
.
.
.
..
.
.
.




.
.
.

.
.
.
.
.
.
.nak jugak letak gambar baby Izz
mcam x lengkap pla blog nih tanpa gambar budak nih 
eheh :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...