Wednesday, November 24, 2010

Selamat Berpantang dan bergelar ibu

Hari ini baru berkesempatan aku meng 'update' blogku. 
almaklumlah tempoh berpantang banyak yang perlu dibuat hehe mana mau bertungku la berurut la jaga baby lagi bf baby 

inilah cabaran buat diriku yang baru bergelar seorang ibu. 
syukur alhamdulillah setakat ini kesihatan ku baik-baik sahaja
cuma semasa berurut bidan mengatakan yang badanku banyak angin 
memang badanku lenguh2 lepas bersalin hari tu
jahitan caesarean ku pula bertambah baik 
cuma kalau cuaca sejuk tu ada sedikit rasa ngilu 
kenapa ekkk 
ada sesapa tau. luka dalaman belum ok kot? 

so selama 2 minggu ini jadual ku berubah 100% 

6.00 pagi - bf baby Izz
8.00 pagi - mandikan baby Izz (setakat ni mak yang mandikan yer la takut jahitan terbuka)
8.30 pagi - bf baby Izz
9.30 pagi - tido wit baby Izz
11.30 pagi - bf Izz / tukar pampers
1.30 petang - bf Izz 
3.30 petang - bf Izz
5.00 petang - mandikan Izz
5.30 petang - bf Izz
8.30 malam - bf Izz
10.30 malam - bf Izz / tukar pampers
12.30 malam - bf Izz
2.30 pagi - bf Izz
4.00 pagi - bf Izz / tukar pampers

haa ni la lebih kurang jadual skang ehehe penat jangan cerita tapi demi baby Izz akan ku gagahi juga eheh 
biasalah minggu-minggu terawal neh

alhamdulillah setakat ni baby Izz tak ada la meragam sangat cuma kalau pindah rumah tu ada meragam sikit la malam nya 
macam first day pindah rumah dari hospital
satu malam nda dapat tido ngan hubby
sama gak macam first day datang labuan 
malam tu memang berjaga sampai tak tido
penat gilosssss 

oklah sampai cni je celoteh saya kali ni ehehe 
baby Izz dah buat macam-macam jenis bunyi tu 



p/s : macam ni lah mak kita jaga kita dulu. i love u mom..... jasa mu hanya Allah sahaja dapat membalasnya. Sesungguhnya syurga dibawah telapak kaki ibu.

Thursday, November 11, 2010

Selamat Datang ke dunia Baby Izz...


Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah. 
Terima kasih ya Allah ya Tuhanku kerana telah memberiku anugerah yang tidak ternilai ini. 
Berjuta kesyukuran ku panjatkan ke hadrat ilahi kerana selamat melahirkan 
bayi lelaki ku ini yang bernama Raja Izz ...... Bin Raja Anwar pada 10.11.2010 jam 12.43 tengahari. 
Hehe nama penuh belum confirm lagi. Tapi masa dalam kandungan selalu panggil baby dengan nama
 'Baby Izz' 
so tunggu aja la nama penuh my lil boy tu yer.


Terima kasih tidak terhingga ku ucapkan kepada suami terchenta kerana tidak putus-putus memberikan semangat sebelum , semasa dan selepas kelahiran Izz. 
Terima kasih kerana sanggup menahan karenah ku yang bermacam ragam selama 9 bulan 3 hari mengandungkan Izz
Terima kasih kerana sentiasa menemani aku bertemu doktor selama 9 bulan ini
Jutaan terima kasih kerana sentiasa berada di sisi semasa pembedahan dilakukan dengan perasaan takutku, panikku dan gemuruhku tetapi kau sentiasa tenang dan setia memberikan kata-kata yang memberi ku semangat dan kekuatan serta ketenangan semasa melahirkan baby Izz
Terima kasih atas perasaan mu yang sangat gembira hingga sebak tatkala mendengar bunyi tangisan Izz buat pertama kali sehingga membuatkan aku merasa sangat indah melahirkan Izz walaupun dalam kesengsaraan

TERIMA KASIH SUAMIKU! 

Tuesday, November 09, 2010

40 minggu 3 hari

Salam all

erm lama gila tidak menjenguk blog ku ini ehehe bukan apa lupa password dowh~~ eheh 
ni mau update sket perkembangan kandungan ku yang kini telah over due huhuh 3 hari dah neh. baby ni masi belum nak tengok dunia kot syok sgt duduk dalam perut mama dia. 

anyway apa-apa pun last checkup masa sabtu lepas dr kata baby ok. begitu juga dengan ibunya. so dr bagi masa seminggu lagi. tapi tadi checkup dengan dr. siap kena seluk kat bawah tut... bukaan langsung tiada. ketat semacam ehehe patut tengok muka dr berkerut jek masa nak seluk tangan kat dalam tu ketat sangat heheh erm then hasil scan pla air ketuban dah semakin kurang tapi condition baby semua still ok. cuma kurang sket jek air ketuban tuwh. hasil dari perbincangan mama n hubby serta doktor baby akan dikeluarkan secara 
operate
huhuh sedih pun ada jugak ye la operate kan kita kalau boleh mau beranak normal tapi redha dengan takdir kerana Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu. Saya berserah hanya kepadaNya. lagipun tak sabar sudah mau tengok baby ku ini. 
harap-harap semua berjalan lancar esok. korang doakan lah saya yer dipermudahkan segalanya.
amin...

ok rasanya sampai sini aja la cerita saya
bubye.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...