Tuesday, July 05, 2011

Cerewetnya perempuan itu!


Hari ni baru lah ada masa untuk meng'hupdate' blog ku yang kian bersawang-bawang huk huk. ok kali ni saya ingin bercerita mengenai ke'cerewetan' perempuan ehehe wujudkah perkataan tuh. Sila bagitau jika tidak wujud. Thanks~. Mari kita lihat situasi-situasi di bawah :

#Situasi 1
Minah cerewet : "Pagi"
Fasha (bukan nama sebenar) : "Pagi"
Minah cerewet : "Ey camana tudung ko ni?"
Fasha  : "Macam biasa ja"
Minah cerewet : "Oh, ada-ada saja tudung ko ni."
Fasha : "Hehe"
Minah cerewet : "Ko x iron habis ka tudung ko ni? Kusut ni" (Sambil menunjukkan tempat kusut tersebut padahal di hujung-hujung saja yang mungkin orang lain tidak akan perasan)
Fasha : "oh ya ka? ehehe"
Minah Cerewet : "Eh baju ko ni ber'iron' ka juga?"
Fasha : "eh, iron ba baju ku ni"
Minah cerewet : "Kenapa kusut tuh ditepi?"
Fasha : "di tepi ja pun. lagipun kain ni gelap bukan orang perasan" (Kusut tuh teramat lah tidak ketara hurm macamana la dia boleh nampak, ada kanta ka mata dia ni)
Minah cerewet : "apalah ko ni?"
Fasha : "Tiada juga orang perasan. Tidak juga laki aku bising"
Minah Cerewet : (Senyum kambing)

#Situasi 2
Minah Sengal : (Mundar-mandir)
Saleha (bukan nama sebenar) : (Baru sampai)
Minah Sengal : "Apa cerita best semalam ? Awal aku tidur"
Saleha : "Entahlah. Aku jarang sudah tengok TV skang nih. Aku pun tidur awal"
Minah Sengal : "Eh napa baju ngan tudung ko ni nda sama warna?"
Saleha : "Erm mesti sama ka warna kalau baju ngan tudung?"
Minah Sengal : (Ketawa) "Ya lah. Mesti. Baru sedondon"
Saleha : "Entahlah. Terus pakai ja baju ni. Kelam kabut tadi."
Minah Sengal : (Senyum kambing)

Cukuplah rasanya situasi-situasi di atas menggambarkan betapa cerewetnya seorang perempuan itu. Tapi tidak lah semua perempuan cerewet. Cuma segelintir sahaja. Kalau silap atau tidak kena di matanya terus ditegur. Ingatlah bukan semua berperangai seperti kita. Terima sahajalah apapun keadaannya. Lagipun nanti kalau sudah kahwin bukan tentu semua kata akan dituruti suami. Tapi nasiplah kalau dapat lelaki yang cerewet. Hahah~

Macam saya ada juga cerewetnya tapi tidak lah sampai baju orang kusut pun mau ditegur. adehhh biarlah mana tau rumah tidak berkaran, iron jenis murah, atau pun memang saja style kusut :p Macam saya, bab-bab kebersihan memang saya cerewet. Kalau dirumah tuh mau buka suis tandas pun guna alas hahaha (believe it or not). Haihhh cerewet sungguh. Tapi tidak lah sampai menyusahkan orang kan. Cuma semenjak berkahwin nih kena kurangkanlah cerewet tuh. Nanti hangin satu rumah. hihih


ok da~~

1 orang jalan-jalan di blog:

Rina Suryani said...

hahaha.. mcm ada ku kenal 2-3 orang yg macam tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...