Monday, May 09, 2011

Preloved dress and tops

hai hai 
kakak adik cik puan makcik babu 
ehehe

ok hari ni 
mau promote preloved items
alasan mau jual ialah kerana almari stylo kitorang yang semakin mengembang
actually banyak lagi baju yang sudah diberi kepada orang-orang yang lebih memerlukan
dan ini adalah antara yang cantik dan kiut
so apa lagi rembat lah korang semua
harga untuk semua adalah RM25
(including postage)

P01- Baju lengan panjang coklat (tidak termasuk skirt dan belt)
Saiz - S/M sahaja
Kualiti - 10/10 


P02 - Baju pink puffed (tidak termasuk polka dot harem pants dan belt)
Saiz - S/M sahaja
Kualiti - 10/10 


P03 - Baju hitam dengan batu kristal (tidak termasuk polka dot harem pants)
Saiz - S/M sahaja
Kualiti - 10/10 



P04 - Dress floral kegemaranku (tidak termasuk skirt dan belt)
Saiz - S/M sahaja
Kualiti - 10/10 
SOLD



P05 - Dress pink with jacket onepiece  (tidak termasuk skirt)
Saiz - S/M sahaja
Kualiti - 10/10 



P06 - Dress putih retro (tidak termasuk legging, jacket dan belt)
Saiz - S/M sahaja
Kualiti - 10/10 



P07 - Dress bunga-bunga (serius cantik dan bagi yang berhijab boleh pakai inner) cun woh
Saiz - S/M sahaja
Kualiti - 10/10 



P08 - Tops ungu comel (tidak termasuk legging)
Saiz - S/M sahaja
Kualiti - 10/10 



P09 - Dress putih beige (tidak termasuk legging dan warna dia macam putih cream gitu)
Saiz - S/M sahaja
Kualiti - 10/10 




berminat sila inbox saya di
hanazku@yahoo.com
atau 
telefon di 
0168287707



.Terima kasih.

Wednesday, May 04, 2011

Penyediaan solid food (Part 1)

Fuh tengok tajuk sudah menunjukkan yang kisah ini mempunyai episod2 ehehe
macam cerita indon pula tapi tidak lah sampai beratus episod 
gila kentangG
sapa yang tengok sinetron Kejora dan bintang tau lah tu 
sampai beratus episod huh 
camana krew2 penggambaran tuh ya

eh eh eh 
terbabas sudah

ok balik pada cerita asal entri kali ini
pada 10 mei ini baby Izz genap 6 bulan yeyyyy 
alhamdulillah 
berjaya juga aku menyusukan Izz secara eksklusif selama 6 bulan
maksud eksklusif tuh tidak mencampurkan dengan susu formula
yahoooo dapat diploma lah kiranya ni bak kata ahli-ahli dalam KIM
syukur ya Allah 
sob sob sob sob
semoga lebih banyak susu yang Engkau anugerahkan untuk anakku Izz
amin

so perjalanan selama 6 bulan sudah pun di lalui
bermakna cabaran seterusnya 
 ialah menyediakan solid food untuk c Izz 
huih kelam kabut jugak sebenarnya memikirkan yang Izz sudah mula mau makan
macamana lah nanti ya
macam-macam yang aku pikir
apa yang bagus untuk baby makan first time?
camana pengasuh dia mau panaskan makanan?
camana mau itu lah ini lah
waduhhh kok stress jadinya
bukan apa sebagai ibu yang berkerjaya (kerja dan berjaya?) hihi
sudah lah berkerja 8-5 setiap hari
makanan untuk izz kena bekalkan ke nurseri setiap hari
maksudnya malam-malam kena prepare masak makanan izz untuk esoknya 
cabaran sungguh
bukan tidak mahu nurseri yang sediakan makanan
tapi mungkin kadang-kadang kalau izz sudah besar sikit lah 
mungkin setahun 
cuma kalau air tangan ibu sendiri kan lebih elok ehehe
instant2 food ni pulak kita tidak tahu bahan2 yang tersembunyi di dalamnya
so keputusan sudah dicapai mengikut undian 
hati, akal dan tubuhku 
untuk memasak sendiri makanan izz 
hoooorayyyyy...

actually aku suda buat research beberapa minggu sebelum izz berusia 6 bulan
cewah macam buat master plah buat-buat research segala ni hihi
setelah membuat research di blo-blog mahupun forum
wah macam-macam resepi home made food untuk baby ni
macam nda sabar pula mau cuba semua ehehe
oleh itu ingin aku persembahkan hasil research ku itu

jeng jeng jeng


so ni antara blog yang aku suka 
puree lobak ka betik erm bacalah di blog kak fara ehehe sebelah kanan tuh puree jagung 
nyam nyam

ni lah hasilnya puree yang sudah diblend diletak dalam ice tray untuk dibekukan
kenapa perlu dibekukan ? supaya tahan lama 

best kan blog kak fara ni. dia ni kira cousin jugak tapi jauh sikit. 
dia ni seorang cikgu tau. tapi masih boleh membuat makanan sendiri untuk anak-anaknya
teruja teruja tengok puree baby yang colourful 
banyak yang aku belajar dari dia ni



ni lagi colourful
siap ada bekas-bekas bentuk2 bagai lagi untuk puree baby
macam2 jenis puree yang kita boleh buat
antaranya ialah puree epal merah, betik, lobak, kentang dan banyak lagi lah 
ikut by bulan baby ya semua
bukan main terjah bagi ja semua 


blog ni pun best jugak jom layan!!!!
ini adalah puree yang telah diblend dan dimasukkan ke dalam bekas ice tray
sedia untuk di masukkan dalam freezer
mengikut pakar pemakanan bayi
puree yang frozen tahan dalam 8 minggu sahaja!

lepas dah freeze dalam 1 malam gitu
bolehlah dikeluarkan dari kiub ice tray untuk dimasukkan kedalam bekas-bekas bertutup
letak balik dalam freezer tau
untuk stok makanan baby sampai seminggu/berminggu2 hehe
kat atas ni kiub puree betik
oren sungguh 
macam lazat kan ngeh ngeh ngeh siap meleleh air liur tuh 

ni lah antara puree nya
tak silap saya yang oren atas tuh puree lobak, sebelah nya puree ayam then di bawah tuh
puree brokoli, puree epal dan puree betik
rajin sungguh ibucergas nih kan nama pun ibu cergas eheh 
harap-harap nanti saya rajin lah sepertinya 

ok so pagi-pagi tuh sebelum kerja
just panaskan bubur yang dimasak malamnya
kemudian campurkan kiub2 puree yang telah diturunkan ke dalam chiller peti ais semalaman
then letak lah dalam food jar / food flusk untuk bekalan baby di nurseri
panas-panas terbaik dari ladang
baby pun suka


wah macam nda sabar sudah mau buat puree baby ni tau
nampaknya hujung minggu ni aku akan bz membuat puree2 yang colourfullll 
ehehe
cerita di atas hanya lah imaginasi saya untuk persediaan bekalan makanan baby Izz nanti
baru ada idea mau buat kan kan

ok petang nih misi utamaku ialah membeli buah-buahan & sayur-sayuran
so weekend ni boleh start sudah
bestnya 
haihh sapa yang teruja ni baby izz ka maknya 
semak checklist dulu
kiub ais tuh sudah beli, tupperware2 kecik pun sudah beli
hand blander, sudu n mangkuk baby pun sudah beli 
apa lagi ya
ooo
food flusk untuk baby

di mana ya food flusk yang kiut2 di kk ni? 



anyone knows?

oklah itu sahaja untuk entri kali ni
nanti akan bersambung part 2

tata 



Wednesday, April 20, 2011

Contest Saya Suka Shawl


Salam ols,
Selamat pagi semua

Harap korang semua sihat hendaknya
Lama betul blog ku ini bersawang 
Bukan apa asal mau meng'update' 
Ada saja problem yang timbul
Guna google chrome tidak boleh load page post blog tuh 
kenapa ya. adakah kamu semua mengalaminya? 

hurmmmm
ok sebenarnya erm sebenarnya ermm
hari ini mau share berita gembira dengan korang semua
apakah berita gembira itu? 

taraaaaa

...
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
taraaaaa lagiii
.
.
.
.
.
.
.

.
skrol lagiiikkk
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ok ok saya mau bagitau yang saya menang voucher di WAFICO SHAWL HOUSE 
hihi 
dapat voucher 10% beli shawl di WAFICO SHAWL HOUSE
ya la walaupun tidak menang top 3 
dapat saguhati pun ok juga kan
lagi pun ni first time tau saya ikut contest tau hihi 
best pulak ikut contest ni 
len kali saya nak try lagi la 
mana tau dapat shawl marvelouss , ropol2 atau renda2 ehehe 
hurm
best betul lah hari ni
dah la menang saguhati pastuh ada meeting bersama pengarah UTeM holdings lagi
meeting slalunya boringkan 
tapi kali ni meeting best pulak 
sebab masa borak2 time tea time
banyak benda yang saya tidak tahu 
telah saya tahu hari ni 
benda itu merangkap cyber law, pengguna bank secara online, politik sket (skandal video anwar shhhhh), 
penggunaan kad kredit 
best gilosss
byk tips n trick 

eh  eh pandai terbabas pula cerita saya ni kan
ok lah kalau korang mau tau 
gambar apa yang saya guna untuk masuk contest tuh 


taaraaaaa ni la dia
actually sama ja pun dengan gambar di profile blog ni
cuma lain angle hehe 
hurm memang patut pun dapat saguhati
sebab kualiti gambar kurang memuaskan 
guna kamera hp aja 
ceh alasan guna kamera hp padahal tak cantik mana pun cara pakai shawl tuh termasuk orangnya hahaha

ya la pasni guna dslr lah pulak 
ehehe mana tau terus menang 
huhu

ok lah sebelum saya publish entri saya yang seciput ini 
saya mau buat iklan n promo sikit

korang suka ka kalau saya jual tudung macam ni ?



cantik kan untuk hari raya nanti?
vote kalau suka eheh
!!komen plissss!!

Wednesday, April 06, 2011

alkisah ipad 2, iphone4 dan ipod touch

Salam all

korang sihat kah
eheh biasalah soalan mukadimah untuk para blogger yang menginggah ke blog ku ini eheh :) 
kali mau share sama korang pasal produk apple yang terhangat di pasaran sekarang nih

::IPAD 2::

Best tentang ipad :
- lebih nipis dari iphone4
-mempunyai skrin yang beresolusi tinggi
-processor dan graphic card yang superb!
-ada tambahan seperti facetime, photobooth dan kamera depan belakang
-hayat bateri yang tahan lama lebih dari 10jam


Benda ni memang menjadi kegilaan sekarang nih
even bos aku dua orang pun dah beli ipad1 eheh
mungkinkah mereka akan membeli ipad2 yang akan dijual di Malaysia nanti?
eheh ya lah dengan fungsi yang lebih hebat, rupa bentuk yang lebih menarik, lebih nipis 
fuh sapa lah tidak tergoda
kalau di Jepun orang ramai sanggup beratur panjang hanya untuk memiliki ipad nih
hurm kalau dekat kota kinabalu nih pun ipad2 dah ada dekat kedai handphone di Likas square tapi tu pun tinggal yang 64gb berharga rm2799! 
ipad 2 16gb dan 32gb dah habis
wah laku sungguh produk apple nih yer boleh celen dengan pisang panas hehe
aku memang minat dengan ipad 2 nih 
memang berniat mau beli pun
sebab nak ber "facetime" dengan family dekat labuan
senang dorang mau tengok Izz 
tapi tu lah aku sudah survay di likas tuh 
hanya ipad 2 64gb saja
tak berbaloi rasanya 

::IPHONE 4::



Best tentang iphone :
-Lebih laju dan canggih dari iphone 3gs 
-ada fungsi video call Face time hihi
-multitasking means bolehlah buka banyak-banyak apps dalam satu masa tanpa ganggu bateri dan prestasi iphone fuhh
-Kualiti gambar sangatlah cantik
-Boleh rakam video dan terus edit dalam iphone4 tuh sendiri wah macam bawa handy cam terus edit guna adobe lah
-skrin yang beresolusi tinggi cantik gila skrin dia weh
-Bentuk yang lebih nipis dan lebih ringan

whoahhh iphone4 nih memang idaman ku semenjak handphone ku neh bengong2 
sebelum nih nda pula pernah tergila2 kan iphone nih 
ya la sungguh tidak suka touch touch screen nih
tapi tengok kualiti gambar dia yang superb fulamak
terus minat eheh
lagipun boleh facetime kan 
tapi tuh la asal pegi kedai digi atau maxis
iphone4 16gb suma dah habes
walla memang laku gila la benda ni
berhantu wa cakap lu
kalau beli yang 64gb tuh macam membazir lah pulak
bukan nya pakai banyak sangat pun
sedangkan pendrive ku yang 32gb tuh pun belum penuh2 lagik
ini kan pula 64gb
27 jam bergambar jer la keja
dah la tuh beza dalam rm500 ngan 16gb
fikir punya fikir lagi membazir kena bayar serendah rm50 lebih sebulan 
tuh kalau digi la
kontrak selama 2 tahun plak tuh
malas la pulak 

::Ipod touch 4::



Best tentang ipod touch 4 :

-Semua sama dengan iphone4 cuma tidak boleh call dan sms
-Mungkin kualiti gambar ada kureng sket la dari iphone tapi still masi cantik n mabelesss 

Ku lihat design dan fungsi lebih kurang saja dengan iphone 4 dan ipad2. harga pun boleh tahan jugak. 
kalau 8gb dalam RM800 lebih
kalau 32gb dalam RM1k lebih
wah berbaloi-baloi kalau memilikinya
semua pon ada kat ipod touch ni
facetime, games, browsing, macam-macam la
haa ni kalau di kedai cari yang 8gb memang habis punya ehehe
kalau 32gb ada lagi la hehe 
dan ia menjadi kepunyaan ku sekarang ini 

...

oh ipod touch 4 ku
sangat berbaloi-baloi memilikimu

5 sebab kenapa aku membeli ipod touch 4 :

1. ingin berfacetime dengan family di labuan
2. fungsi yang lebih kurang dengan iphone4 dengan harga yang murah
3. handphone ku masih ok so call dan sms guna tuh aja
4. mau gadget yang boleh menemaniku semasa mengepam tengah2 malam hehe
5. ada bonus dalam simpanan asb ku alhamdulillah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...