Wednesday, February 23, 2011

Baby Izz masuk nurseri

Salam all...

Hari ni mau cerita pasal baby Izz dan nurseri. 
1st day di nurseri. Kesian baby Izz masih belum pandai isap susu mama dari botol. Nangis2 dia kata pengasuh tu. Kalau saya melawat baby Izz tengahari untuk BF mesti ada airmata erm sedey betol tengok anak mama ni nangis. ye la selalu gayut je ngan mama skang ni tak dapat lah. 
mama kena keja carik duit banyak2 untuk baby Izz jugak n mama ehehe

2nd day di nurseri masih sama. baby Izz masih tidak mahu minum guna botol n puting tuh. uwawaaa sedey wooo hati ni dengar. tengahari mama mesti balik bagi baby Izz kenyang. sian nya baby Izz datang je kat mama terus nyot2 sepuas-puasnya. erm hampir setengah jam jugak la Izz menyusu. lama tuh selalu sekejap jer dah lepas dan senyum-senyum kat mama

3rd day hari jumaat. mama balik seperti biasa untuk bf Izz. time ni x tanya lagi Izz pandai nyusu ke dah. terus ambik nak bawa rumah lepak2 ngan Izz. ye la rumah dekat jer ngan nurseri tak sampai pun 5 minit. syukur lah. dengan happynya bawa baby Izz g umah. sementara tgu papanya g solat jumaat. saya pun nyusukan dan main-main dengan Izz tapi saya perasan kali ni dia x nyot2 sangat. 
heran jugak kenapa yer. ngantok lagi kot.
saya biar jer la dia main-main then dia tido
lepas papanya sampai dari solat n kitorang pun makan lunch
agak2 dekat jam 2 gitu kitorang pun antar la balik baby Izz ke nurseri
hurm sedey nya berjauhan lagi ngan Izz hehe ni feel biasa kalau hantar Izz ke nurseri
:(

masa hantar tu teacher tu bagitau baby Izz sudah pandai menyusu
happy giler saya. patutlah tak nyot2 sangat 
tadi time ambik tuh baru lepas minum susu mama guna botol
dah pandai dah anak mama ni minum guna botol
congrats Izz

bagus anak mama ni 
nanti mama beli kan izz mainan k ehehe 
lega betul mama dengar izz dah pandai minum guna botol
sekarang ni perasaan risau izz tak mau minum guna botol dah habis
cuma nya cumanya
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kadang-kadang terpikir juga camana dorang urus EBM untuk baby Izz tuh yer
tawakal jer la yang penting saya dah buat yang paling mudah untuk teacher dia uruskan EBM
buruk sangka ni tak baik tau
jadi bertawakal sahaja lah kepada NYA kerana hanya Dia sahaja yang berkuasa atas segalanya

"Ya Allah, Lindungilah anak ku ya Allah"
Sesungguhnya Hanya kepada Mu aku berharap
Hanya Engkau sebaik-baik pelindung

Bismillahitawakkaltu A'lallah La Hau La Wala Quwata Illa Billahil A'liyil A'zim

selalu baca doa ni kalau hantar anak ke nurseri.
Nurseri ni best tau kemas, bersih, tersusun. Pengasuh dia pun baik dan ramah jer :)
jangan tak caya nurseri ni ada blog tau





Petikan dari -> Selamat Datang ke Blog Dr. Azwan: Susu Ibu vs Susu Lembu - Selamat Hari Ibu

Selamat Datang ke Blog Dr. Azwan: Susu Ibu vs Susu Lembu - Selamat Hari Ibu: "Assalamualaikum Wbt.Sempena Hari Ibu ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia in..."

Thursday, January 20, 2011

Aku dan Breastfeeding

Ku dahului dengan ungkapan ...
Assalamualaikum...

lama gila aku tak meng'update' blog ku ini. macam dah bersarang dah hahah 
tapi takper lah biasa la aku yang baru bergelar ibu ni. 
memanjang ngan anak jer nih pun ada baby Izz di sebelah ni. nasip baik dok diam kalau idak 
bersarang lagi la belog ku ini 

ok lah sementara aku nak mandikan baby Izz. 
baiklah aku mengupdate kejap belog ku ini


ok so kali ni nak cita pasal sepanjang tempoh cuti bersalin ku yang selama 3 bulan
wohooooo siokkk owh 
syukur alhamdulillah doa ku selama ini termakbul jua
semoga cuti bersalin dipanjangkan 
amin :)

puas sangat hati dapat menjaga baby Izz 
apatah lagi daku yang fully breastfeeding 
memang x bleh jauh dari baby Izz ehehe
ok tajuk pun "aku dan breastfeeding"
so nak cita la pasal breastfeeding
hurm aku memang bercita2 untuk fully breastfeeding baby Izz sampai 2 tahun
insya Allah
tapi first target ni adalah 6 bulan dahulu
kalau berjaya insya Allah akan target setahun dan seterusnya 

sebenarnya banyak juga dugaan untuk mencapai impianku untuk breastfeeding fully baby Izz
contohnya semasa berpantang kat rumah parent ku dulu
balik2 disuruh ku bagi susu FM kat baby Izz 
konon tak kenyang la , cepat lapar la, nanti baby tak besar lah
tapi aku tetap bg susu ibu kat baby Izz 
yer lah tak kenyang atau cepat lapar tuh sebab susu ibu mudah dihadam kan usus bayi masi kecil lagi
pastuh berat baby Izz plak skang nih dah 5.1kg untuk 2 bulan
besar juga kan alhamdulillah
bukan nak melawan tapi ntah kenapa hatiku rasa sangat marah dan sedih jika baby Izz 
diberi minum susu FM yang tiada khasiat langsung dibangdingkan susu ibu
mana nak lawan susu ibu yang memang semulajadi mengandungi antibodi yang diambil dari ibunya
susu FM ada ker wah emosiii pulak yew
tapi sempat juga lah baby Izz minum susu FM tapi sekejap jer dalam 2 minggu 
tuh pun sekali jer sehari aku cepat2 bagi bf kat baby Izz eheh
tiap hari aku banyakkan sesi mengepam agar susu ku lebih meriah wah gittuuuu 
agar baby Izz dapat minum sepuas2nya dan kenyang
so baby Izz tak mo dah susu FM dan sewaktu dengannya

selepas 44 hari berpantang di rumah parent di labuan 
lalu ku balik ke rumah ku di kk 
di sini aku mula membuat stok EBM kerana aku akan bekerja tidak lama lagi
kalut juga memikirkan stok yang belum ntah apa-apa 
padahal tak lama lagi masuk kerja 
tapi syukur alhamdulillah 
cuti bersalin ku dapat dilanjutkan tempohnya hingga 3 bulan
hooorayyyyyyyyy
nak puas2 jaga baby Izz
nak puas2 bagi direct Bf baby Izz

alhamdulillah 
setakat ni semua berjalan lancar
pelbagai makanan telah ku cuba untuk memeriahkan susu ku 
pernah dua tiga hari B ku bengkak
sekali pam dapat 6oz untuk sebelah B sahaja sebab yang sebelah lagi bagi direct BF eheh
syukur tidak terkata

masa pantang dulu paling banyak pun dalam 3 oz 


ok lah tu kan untuk bagi kuat semangat nak pam neh ehehe
owh lupa nak gtau lagi masa ni guna spectra 
 
 
best pam ni sebab B kita memang rasa kosong gila lepas pam
sebab suction dia agak kuat la bagi saya 
kalau nak buat 8x sehari memang luka kot 
so memandangkan akan masuk bekerja tidak lama lagi 
skang ni dah upgrade ke medela freestyle plak
 
 
baru dua tiga hari pakai
erm suction dia tak la kuat sangat 
tapi ok la kan untuk B kita yang lembut ni
byk kali pam pun tak sakit
boleh guna bateri plak tuh
best best best 
tapi setelah beberapa kali mengepam
paling banyak pun untuk sebelah B 4 oz
belum pernah plak sampai 5oz lebih macam guna spectra 
belum serasi lagi kot ehehe 
tak per la kita tgu lagi next entry ya

ok lah nak blah dulu ni nak mengepam la apa lagik 
chiouuu


Wednesday, November 24, 2010

Selamat Berpantang dan bergelar ibu

Hari ini baru berkesempatan aku meng 'update' blogku. 
almaklumlah tempoh berpantang banyak yang perlu dibuat hehe mana mau bertungku la berurut la jaga baby lagi bf baby 

inilah cabaran buat diriku yang baru bergelar seorang ibu. 
syukur alhamdulillah setakat ini kesihatan ku baik-baik sahaja
cuma semasa berurut bidan mengatakan yang badanku banyak angin 
memang badanku lenguh2 lepas bersalin hari tu
jahitan caesarean ku pula bertambah baik 
cuma kalau cuaca sejuk tu ada sedikit rasa ngilu 
kenapa ekkk 
ada sesapa tau. luka dalaman belum ok kot? 

so selama 2 minggu ini jadual ku berubah 100% 

6.00 pagi - bf baby Izz
8.00 pagi - mandikan baby Izz (setakat ni mak yang mandikan yer la takut jahitan terbuka)
8.30 pagi - bf baby Izz
9.30 pagi - tido wit baby Izz
11.30 pagi - bf Izz / tukar pampers
1.30 petang - bf Izz 
3.30 petang - bf Izz
5.00 petang - mandikan Izz
5.30 petang - bf Izz
8.30 malam - bf Izz
10.30 malam - bf Izz / tukar pampers
12.30 malam - bf Izz
2.30 pagi - bf Izz
4.00 pagi - bf Izz / tukar pampers

haa ni la lebih kurang jadual skang ehehe penat jangan cerita tapi demi baby Izz akan ku gagahi juga eheh 
biasalah minggu-minggu terawal neh

alhamdulillah setakat ni baby Izz tak ada la meragam sangat cuma kalau pindah rumah tu ada meragam sikit la malam nya 
macam first day pindah rumah dari hospital
satu malam nda dapat tido ngan hubby
sama gak macam first day datang labuan 
malam tu memang berjaga sampai tak tido
penat gilosssss 

oklah sampai cni je celoteh saya kali ni ehehe 
baby Izz dah buat macam-macam jenis bunyi tu 



p/s : macam ni lah mak kita jaga kita dulu. i love u mom..... jasa mu hanya Allah sahaja dapat membalasnya. Sesungguhnya syurga dibawah telapak kaki ibu.

Thursday, November 11, 2010

Selamat Datang ke dunia Baby Izz...


Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah. 
Terima kasih ya Allah ya Tuhanku kerana telah memberiku anugerah yang tidak ternilai ini. 
Berjuta kesyukuran ku panjatkan ke hadrat ilahi kerana selamat melahirkan 
bayi lelaki ku ini yang bernama Raja Izz ...... Bin Raja Anwar pada 10.11.2010 jam 12.43 tengahari. 
Hehe nama penuh belum confirm lagi. Tapi masa dalam kandungan selalu panggil baby dengan nama
 'Baby Izz' 
so tunggu aja la nama penuh my lil boy tu yer.


Terima kasih tidak terhingga ku ucapkan kepada suami terchenta kerana tidak putus-putus memberikan semangat sebelum , semasa dan selepas kelahiran Izz. 
Terima kasih kerana sanggup menahan karenah ku yang bermacam ragam selama 9 bulan 3 hari mengandungkan Izz
Terima kasih kerana sentiasa menemani aku bertemu doktor selama 9 bulan ini
Jutaan terima kasih kerana sentiasa berada di sisi semasa pembedahan dilakukan dengan perasaan takutku, panikku dan gemuruhku tetapi kau sentiasa tenang dan setia memberikan kata-kata yang memberi ku semangat dan kekuatan serta ketenangan semasa melahirkan baby Izz
Terima kasih atas perasaan mu yang sangat gembira hingga sebak tatkala mendengar bunyi tangisan Izz buat pertama kali sehingga membuatkan aku merasa sangat indah melahirkan Izz walaupun dalam kesengsaraan

TERIMA KASIH SUAMIKU! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...