Monday, September 05, 2011

Working Mode

Huarrrgghhh

Seperti sedar dari lena yang panjang
uhuhu
begitu lah perasaan ku pabila memulakan hari ini
sangat malas
kerana mood beraya masih mengusai jiwa
huhu
best tau beraya ke rumah sanak saudara
melawat anak buah
sepupu sepapat
cewahhhh
bestnya kalau dapat cuti yang panjang time raya
tapi apakan daya
demi kerja 
ku gagahi jua
kerja ni kan salah satu ibadat :)
kepada pelajar-pelajar baru
yang akan mendaftar pada 7 september ini
here i come
berkorban demi kerjaya tercinta 
(cintakah?)
hehehe

ok lah 
tuh jer pun nak update

apa-apa pun
selamat hari raya
hari raya kan sebulan ahaks!

Thursday, August 25, 2011

Salam Aidilfitri Semua

Salam semua

Di kesempatan ini
saya ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri
dan 
Maaf Zahir dan Batin 
kepada 
semua follower dan juga silent reader blog saya 
yang tidak seberapa ini

Begitu juga kepada semua di luar sana yang mengenali saya
Mohon maaf jika sekiranya 
ada tersilap bahasa
dan 
tersalah laku

Semoga ukhwah islamiah kekal terjalin sesama kita semua

Tahun ni korang beraya dekat mana? 
Saya tahun ni beraya di Kampung encik suami
ehehe
dah kahwin kena la gilir2 kan
ni first time saya berhari raya pertama
di tempat orang selain ibu bapa dan adik beradik saya

Harap tak lah sedih sangat masa raya nanti
uhuk uhuk
Lagipun belah keluarga suami saya
ramai jugak yang balik
ehehe

nanti kita sambung pengalaman raya kita yer

eh kejap 
nak bagi kad raya la ngan korang 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Selamat Hari Raya korang 
:)

Saturday, August 06, 2011

Sesungguhnya berat mata memandang berat lagi bahu memikul : Norma

Assalammualaikum WBT

Sebenarnya saya mahu share something dengan u all
satu cerita yang sungguh menusuk kalbu
apatah lagi sejak bergelar ibu

Aku sudah lama mengikuti cerita 
Norma ni
dapat tahu pun dari kawan-kawan yang share post 
dekat group KIM di facebook

Masa aku baca cerita dia
Ya Allah
pagi-pagi subuh tuh sambil mengepam susu untuk Izz
menangis teresak-esak aku
betul-betul terkesan dihati
keinsafan menjelma 
ada lagi rupanya insan yang sengsara dari kita

lepas baca cerita norma
terus aku peluk cium baby Izz 
rindu sangat-sangat pulak
padahal seharian tidor berpeluk dengan dia
terbayang kalau aku di tempat Norma
alangkah sedihnya...:'(

untuk yang belum mengetahui pasal norma
mari aku ceritakan sedikit berkenaan dia
norma sebelum ni wanita biasa normal
baru lepas kahwin dan disahkan mengandung
semua berjalan lancar
sehingga kandungannya 7 bulan
dia tetiba flat
tapi masih sempat melahirkan anaknya Rafiq
masa tuh juga dia disahkan kanser tumor di kepala
yang paling menyedihkan kanser tumornya sudah sampai stage 4
betapa sedihnya norma
tidak dapat membelai dan memberi sepenuh kasih sayang 
pada anaknya
mujur ada suami nya yang aku kira sebagai suami yang paling tabah di dunia

Ya Allah 
semoga Norma dipanjangkan hayatnya
dan
semoga Rafiq dapat merasa kasih sayang ibu sepenuhnya
dan
semoga Talib menjadi suami yang tabah

bagi sesiapa yang belum tahu 
 mengenai cerita tentang Norma 
klik sini untuk mengetahui lebih lanjut

marilah kita beramai-ramai mengumpul dana untuk membantu Norma
moga usaha kita ini dapat membantunya

cimb


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif

ni lah keadaan norma sekarang


ni gambar norma selepas di operate bersama anaknya Rafiq

ini lah rafiq masa berapa bulan tak ingat

sedih tgk moment ni 

ni lah gambar norma semasa perkahwinan mereka

***Semua gambar nih di ambil dari blog moon 
kakak ipar kepada suami Norma.

Friday, July 22, 2011

My milk booster

Selama beberapa minggu
beberapa bulan
aku mencari benda yang boleh 
memperbanyakkan susu ku
akhirnya aku ketemu

tsk tsk tsk
menangis secara avatar
betapa aku bersyukur bertemu dengan 

taraaaaaaa

imej diambil dari KIM group
diupload oleh  Nursafariza Najla

inilah minuman kegemaran saya sekarang
anda mesti hairan kenapa ada tulisan cina
mungkin sebab cina memang minum teh ni
tapi ada tanda halal tau
jangan risau :)

pagi2 sebelum keja minum nih
memang mashukkk
sebelum nih milk booster saya adalah cheese
tapi leceh lah
xkan la membuat cheese cake 
tiap2 minggu
penat jugak

syukur alhamdulillah
bertemu jugak dengan milk booster yang serasi dengan ku
ngam-ngam mau puasa
mesti mau buat stok banyak2 ni
kena rajin pam malam-malam
sebab malam lah waktu hormon untuk susu 
lebih aktif
hinggakan masa df baby Izz sebelah
sebelah lagi memancut
habis basah lencun baju
rugi-rugi kalau tidak dipam
harap-harap rajin lah
aku mengepam malam-malam 
seperti masa aku berpantang dulu huhu

actually banyak sudah persediaan yang dibuat
untuk bulan puasa nih

Antaranya :
1. Beli kurma 
2. Beli Performance drink agar badan tidak terdehidrat (Biasa kalau lepas pump, mesti lapar sebab badan kurang cecair)
3. Beli TEH KURMA (wajib)
4. Beli segala jenis oat, cereal untuk sahur yang berkhasiat
5. Rancang jadual pengepaman yang lebih di waktu malam (sudah rancang pump sebelum tidur dan sebelum sahur boleh qiamullail sekali.. insya Allah)

Rasanya tu ja lah persediaan yang dibuat setakat ini.
Moga aku dapat berpuasa penuh tahun ni
maklumlah cik 'P' belum lagi keluar
amin

Ya Allah , permudahkanlah segala urusan hambamu ini.
Semoga cukup rezeki untuk anakku Raja Izz Shafiy.

amin
Ya Rabbal A'lamin

Thursday, July 21, 2011

Aku sungguh malas!

Hari ni hari jumaat.
Serius malas. 
Ya la besok kan cuti.
suasana opis pun tidak memberangsangkan
hurm
mungkin aku kena pegi pejabat baru aku di Akademik
petang ni

kelmarin pula
aku cuti emergency
sakit perut tetiba masa lepas mandi

terus bagitau en somi
tidak dapat pegi kerja
kesian en somi punch card sudah merah
huhu

so hari ni mood bercuti masih ada
sangat tidak bersemangat pagi ini
hurmmm









***taip blog rajin pulok
dushH


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...