Tuesday, October 19, 2010

checkup minggu ke 36 5 hari

kali ni nak update pasal checkup untuk minggu yang ke 36 5 hari jumaat minggu lepas. 

kali ni macam ada rombongan plak. ada mama kiter. ada macek kiter. and last hubby kiter. yang neh wajib neh. eheh masa tuh appoinment jam 945 pagi. sampai2 jer dekat SMC tuh fuh byk gilos keta. tak da parking lar. so kitorang yang pompuan2 nieh kuar la dulu nanti terlepas pla appoinment kan. 

so macam biasa la, register dulu then cek air kencing, timbang berat, timbang apa yang patut. yey naik 1kg lagi. ehehe ok la tuh. aku ni dah la kocik. naik 1kg ajer pun dah gembira bagai hehe. korang percaya tak selama aku preg ni berat badan aku naik dalam 5kg-6kg saja. slimmmm tu. hek hek. syukur lah selama preg ni tak ada sangat komplikasi. tekanan darah dalam 100/60. hb pun ok. air ketuban cukup. kedudukan baby pun dah di tempatnya. alhamdulillah harap-harap masa bersalin nanti mudah lah hendaknya. amin.

Thummassabila yassaroh
Maksudnya "Kemudian jalannya dimudahkan"

Doa ni aku dapat dari internet juga. Untuk memudahkan proses bersalin. Insya Allah. ok so tetiba nama aku dipanggil. "Norhanas Lamit". Masuklah kami macam rombongan cik kiah ke dalam bilik gynea aku tu. Dr Helen terkejut bila ramai-ramai masuk ehehe so aku perkenalkan la sorang-sorang kat dia. Excited ni mau bawa mama jumpa Dr Helen. So macam biasa dr tu cek tekanan darah aku. tanya macamana rasa perut. baby ada tendang ke rasa sakit ke. Then dr suruh baring kat katil nak scan perut cek keadaan baby. Sekarang ni diameter kepala baby dah 8cm lebih. Tulang kaki dan tangan baby semua makin membesar. Berat baby pun dah naik 2.2kg. Last scan arituh 1.5kg ajer. Cepatnya baby ni membesar. Baru 3 minggu last scan arituh. Harap-harap baby tak lah besar sangat nanti masa nak keluar. Ok sayang. Kecik-kecik ajer k dalam perut. Nanti kat luar mama bagi besar k ehehe. Mama dia kecik so baby nanti kena la kecik kan. Masa scan tu mama n macek tengok skali. Dengar degupan jantung baby terus rasa best gilosss eheh sihat baby mama ni kan. Mama macam2 tanya kat dr. eheh mama tanya mana uri dia. mana kaki dia. mana tangan dia. mana muka dia. wah mama macam reporter pla. ehehe itu lah mama ku. memang peramah gila. 

So setakat ni alhamdulillah semua berjalan lancar. Aku ada juga tanya kat dr, kebelakangan ni perut selalu mengeras. Dr cakap biasa lah tu. Akhir-akhir minggu memang macam tu. Yang penting baby kat dalam tu aktif. 

Memang dua tiga menjak ni selalu sangat perut mengeras tak kira waktu. Sakit-sakit pinggang jangan cakap la. Bayangkan masa baring kat katil hari tu boleh terkejut terus terbangun sakit pinggang punya pasal. Sakit wooo. Macam tu la kot sakit-sakit nak beranak ni kan. Akan ku hadapi dengan tenang insya Allah. Walau apapun kita kena positif kan minda kan. baru lah baby pun stabil emosi masa lahir nanti. 

Oklah rasanya sampai ni sahaja update pasal checkup prenancy saya kali ni. Dr suruh jumpa sabtu ni lagi. Sekarang ni seminggu sekali buat check up. Yerlah tunggu harilah katakan. 

tengah khusyuk mendengar, en hubby menyempat hihi


p/s : Erm hari-hari aku terpikir, aku nak bersalin dah ka ni. Aku bersalin awal ker lambat yer. Hari-hari ayat ni bermain dalam fikiran.

2 orang jalan-jalan di blog:

Anonymous said...

ui lampuh plang ko dlm gmbr.. aku ada jumpa pic mu yg kurus.. dolu dolu haaha

norhanas said...

dalam gambar ja hahaha
erm mana pic ku kurus
siok tu buat perbandingan
dolu dan skang hahaah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...