Sunday, October 10, 2010

Mendungnya hari

Emosi pada hari ini sangat down. Sejak kebelakangan ni diri dilanda musim hujan sahaja. Adakah mungkin pembawaan hamil 8 bulan? 

Kadang-kadang perkara kecil pun aku boleh jadi sensitif? Kesian pula baby dalam perut ni. Tu yang tak ikut kata hati sangat. Aku cuba ceriakan n happykan diri untuk baby dalam perut neh. Mama tak boleh ikut perasaan kan baby. Erm minggu ni parent datang dari labuan. Bestnya. Lama x jumpa dorang. Rindu sangat2.... :`( . Maklumlah tinggal berjauhan ehehe walaupun tak la sejauh mana. Labuan - KK aja pun ehehe. Makcik pun ikut sekali. Adik bongsu mama. Ucu alut kitorang panggil dia. ehehe kononnya mau melarikan diri dari kawan-kawan dia yang ingin membuat dajal a.k.a membaling telur, melempar tepung dan sebagainya di sempena harijadi nya pada 17hb nanti. naaaaa jaga la ucu. d kk pun nda terlepas ni hihi. tunggu..... 

ok lah berbalik pada cerita kita tadi. emosi yang down di hari2 yang semakin dekat untuk berjumpa dengan my baby. sungguh tak best la. dah la simptom-simptom sakit belakang ku mula menyerang ku dengan kuatnya. tido ku yang tidak lena. selalu betul terbangun tengah-tengah malam. kebelakangan ini pulak sakit pinggang seperti period pain yang dasyat. nasib baik sekejap-sekejap. itu kah yang dinamakan false alarm? kontraksi palsu? macam tu la kot rasanya sakit masa bersalin. woooo dasyat nya huh. harap-harap dipermudahkan diriku bersalin. amin. perut ku pula mengeras sentiasa tidak mengira siang atau malam. sebenarnya baby tengah buat apa ya kat dalam perut ku itu? menggeliat kah? menendang kah? konpius pla kenapa perut ni keras2. macam ni lah perasaaan ibu ku semasa mengandungkan diri ku. aku sayang mama sangat-sangat.

Love u mama! 

oklah rasanya sampai setakat ni aja coretan buat kali ini. Rasa sakit belakang mula menyerang. Aku ingin berehat kejap.

tata titi tutu



0 orang jalan-jalan di blog:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...