Fuh tengok tajuk sudah menunjukkan yang kisah ini mempunyai episod2 ehehe
macam cerita indon pula tapi tidak lah sampai beratus episod
gila kentangG
sapa yang tengok sinetron Kejora dan bintang tau lah tu
sampai beratus episod huh
camana krew2 penggambaran tuh ya
eh eh eh
terbabas sudah
ok balik pada cerita asal entri kali ini
pada 10 mei ini baby Izz genap 6 bulan yeyyyy
alhamdulillah
berjaya juga aku menyusukan Izz secara eksklusif selama 6 bulan
maksud eksklusif tuh tidak mencampurkan dengan susu formula
yahoooo dapat diploma lah kiranya ni bak kata ahli-ahli dalam KIM
syukur ya Allah
sob sob sob sob
semoga lebih banyak susu yang Engkau anugerahkan untuk anakku Izz
amin
so perjalanan selama 6 bulan sudah pun di lalui
bermakna cabaran seterusnya
ialah menyediakan solid food untuk c Izz
huih kelam kabut jugak sebenarnya memikirkan yang Izz sudah mula mau makan
macamana lah nanti ya
macam-macam yang aku pikir
apa yang bagus untuk baby makan first time?
camana pengasuh dia mau panaskan makanan?
camana mau itu lah ini lah
waduhhh kok stress jadinya
bukan apa sebagai ibu yang berkerjaya (kerja dan berjaya?) hihi
sudah lah berkerja 8-5 setiap hari
makanan untuk izz kena bekalkan ke nurseri setiap hari
maksudnya malam-malam kena prepare masak makanan izz untuk esoknya
cabaran sungguh
bukan tidak mahu nurseri yang sediakan makanan
tapi mungkin kadang-kadang kalau izz sudah besar sikit lah
mungkin setahun
cuma kalau air tangan ibu sendiri kan lebih elok ehehe
instant2 food ni pulak kita tidak tahu bahan2 yang tersembunyi di dalamnya
so keputusan sudah dicapai mengikut undian
hati, akal dan tubuhku
untuk memasak sendiri makanan izz
hoooorayyyyy...
actually aku suda buat research beberapa minggu sebelum izz berusia 6 bulan
cewah macam buat master plah buat-buat research segala ni hihi
setelah membuat research di blo-blog mahupun forum
wah macam-macam resepi home made food untuk baby ni
macam nda sabar pula mau cuba semua ehehe
oleh itu ingin aku persembahkan hasil research ku itu
jeng jeng jeng
so ni antara blog yang aku suka
puree lobak ka betik erm bacalah di blog kak fara ehehe sebelah kanan tuh puree jagung
nyam nyam
ni lah hasilnya puree yang sudah diblend diletak dalam ice tray untuk dibekukan
kenapa perlu dibekukan ? supaya tahan lama
best kan blog kak fara ni. dia ni kira cousin jugak tapi jauh sikit.
dia ni seorang cikgu tau. tapi masih boleh membuat makanan sendiri untuk anak-anaknya
teruja teruja tengok puree baby yang colourful
banyak yang aku belajar dari dia ni
ni lagi colourful
siap ada bekas-bekas bentuk2 bagai lagi untuk puree baby
macam2 jenis puree yang kita boleh buat
antaranya ialah puree epal merah, betik, lobak, kentang dan banyak lagi lah
ikut by bulan baby ya semua
bukan main terjah bagi ja semua
blog ni pun best jugak jom layan!!!!
ini adalah puree yang telah diblend dan dimasukkan ke dalam bekas ice tray
sedia untuk di masukkan dalam freezer
mengikut pakar pemakanan bayi
puree yang frozen tahan dalam 8 minggu sahaja!
lepas dah freeze dalam 1 malam gitu
bolehlah dikeluarkan dari kiub ice tray untuk dimasukkan kedalam bekas-bekas bertutup
letak balik dalam freezer tau
untuk stok makanan baby sampai seminggu/berminggu2 hehe
kat atas ni kiub puree betik
oren sungguh
macam lazat kan ngeh ngeh ngeh siap meleleh air liur tuh
ni lah antara puree nya
tak silap saya yang oren atas tuh puree lobak, sebelah nya puree ayam then di bawah tuh
puree brokoli, puree epal dan puree betik
rajin sungguh ibucergas nih kan nama pun ibu cergas eheh
harap-harap nanti saya rajin lah sepertinya
ok so pagi-pagi tuh sebelum kerja
just panaskan bubur yang dimasak malamnya
kemudian campurkan kiub2 puree yang telah diturunkan ke dalam chiller peti ais semalaman
then letak lah dalam food jar / food flusk untuk bekalan baby di nurseri
panas-panas terbaik dari ladang
baby pun suka
wah macam nda sabar sudah mau buat puree baby ni tau
nampaknya hujung minggu ni aku akan bz membuat puree2 yang colourfullll
ehehe
cerita di atas hanya lah imaginasi saya untuk persediaan bekalan makanan baby Izz nanti
baru ada idea mau buat kan kan
ok petang nih misi utamaku ialah membeli buah-buahan & sayur-sayuran
so weekend ni boleh start sudah
bestnya
haihh sapa yang teruja ni baby izz ka maknya
semak checklist dulu
apa lagi ya
ooo
food flusk untuk baby
di mana ya food flusk yang kiut2 di kk ni?
anyone knows?
oklah itu sahaja untuk entri kali ni
nanti akan bersambung part 2
tata
0 orang jalan-jalan di blog:
Post a Comment