Thursday, November 11, 2010

Selamat Datang ke dunia Baby Izz...


Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah. 
Terima kasih ya Allah ya Tuhanku kerana telah memberiku anugerah yang tidak ternilai ini. 
Berjuta kesyukuran ku panjatkan ke hadrat ilahi kerana selamat melahirkan 
bayi lelaki ku ini yang bernama Raja Izz ...... Bin Raja Anwar pada 10.11.2010 jam 12.43 tengahari. 
Hehe nama penuh belum confirm lagi. Tapi masa dalam kandungan selalu panggil baby dengan nama
 'Baby Izz' 
so tunggu aja la nama penuh my lil boy tu yer.


Terima kasih tidak terhingga ku ucapkan kepada suami terchenta kerana tidak putus-putus memberikan semangat sebelum , semasa dan selepas kelahiran Izz. 
Terima kasih kerana sanggup menahan karenah ku yang bermacam ragam selama 9 bulan 3 hari mengandungkan Izz
Terima kasih kerana sentiasa menemani aku bertemu doktor selama 9 bulan ini
Jutaan terima kasih kerana sentiasa berada di sisi semasa pembedahan dilakukan dengan perasaan takutku, panikku dan gemuruhku tetapi kau sentiasa tenang dan setia memberikan kata-kata yang memberi ku semangat dan kekuatan serta ketenangan semasa melahirkan baby Izz
Terima kasih atas perasaan mu yang sangat gembira hingga sebak tatkala mendengar bunyi tangisan Izz buat pertama kali sehingga membuatkan aku merasa sangat indah melahirkan Izz walaupun dalam kesengsaraan

TERIMA KASIH SUAMIKU! 

0 orang jalan-jalan di blog:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...