akhirnya ada juga kesempatan aku menulis blog yang telah lama aku tinggalkan. memang bz gila2 sepanjang jun dan julai hari tu. sibuk mengurus data kemasukan pelajar-pelajar baru UMS. ogos pula time puasa. tak hengat langsung la mau menulis blog. so now september bz lagi beraya situ sana sini. perut memboyot senak makan segala macam time open house. melompat girang baby ku ehehe. tapi tu la memang target mau tambahkan berat badan ku ini untuk persediaan melahirkan nanti. syukur la dah naik 1.5 kg yihaaa. ok so ni mau story sikit pasal perkembangan kandungan aku. hari ni tetiba teringat pasal blog. tak da keja la tu hihi.
hari ni aku masuk 33 minggu 4 hari mengikut dr helen, doktor yang bakal menyambut kelahiran baby ku ini ehehe insya Allah. erm kali ni berat badan menaik sedikit seperti mana aku dah gtau kat atas tadi yey! then air kencing pun ok. begitu juga dengan tekanan darah aku. maintain jek.
syukur alhamdulillah
kemudian dr helen suruh aku baring untuk scan baby tengok perkembangan segala macam la hehe. memula sekali ukur kepala dia. kemudian ukur abdomen dia. pastuh ukur pla panjang kaki dia. last sekali dengar degupan jantung dia. masya Allah baby aku membesar dengan sihat la. everything is ok menurut dr helen. lega hati ni. ye la semua orang keliling kalau jumpa aku mesti cakap keciknya perut ko alahai..... dah maknya kecik baby kat dalam kecik la. eheeh come la tuh ;p yang penting baby sihat dan membesar dengan sihat. dr helen ada kata yang baby aku paling maksimum berat untuk bersalin normal adalah 2.8kg kalau tak operate la jawabnya. aku nak bersalin normal weh. cukup la 2.5kg berat baby ku. harap-haraplah ehehe insya Allah. korang doakan lah yer baby tak susah sangat nak keluar. maklumlah maknya ni kecik jer orangnya. ehehe
ok balik kepada cerita kita tadi, due date saya 6 november 2010 tapi kat scan EDD tu tulis 28 november 2010. so aku tanya la kat dr helen. dia kata kena ikut yang 6 november tu sebab itu kiraan yang sebenar sebab scan ni dia ikut average tak kira saiz mak nyer ehehe. senang hati den. bukan apa cuti tinggal 10 hari ja lagi. ble la prepare nak cuti bila kan. sekarang ni pun tengah buat senarai tugas untuk diberi kepada pemangku tugas semasa cuti bersalin nanti. kalau boleh nak selesaikan semua benda sebelum bersalin so nanti orang yang memangku tak lah menanggung bebannya.
ok lah sampai sini sahaja lah ya story kita
kat bawah ni gambar buku kesihatan sepanjang mengandung eheh saja nak tunjuk kad tu dah penuh.
mintak mahap la byk2 kalau gambar tak jelas. nanti amek yang jelas baru upload balik k.
yang ni plak gambar baby comel aku jumpa kat web dengan harapan baby aku akan secomel ini hehe comel kan boleh ke baby aku rupa macam ni ;p
0 orang jalan-jalan di blog:
Post a Comment